Aku.....Dua-dua aku mahu, mahu kaya dan mahu bahagia. Yalah sapa tak nak kaya dan bahagia. Semua orang mahu. Betul x?
Tapi kalau aku diberi peluang untuk memilih satu sahaja dari dua ini akan aku pilih bahagia. Kenapa??? Kerana bagi aku kehidupan yang bahagia lebih memberi aku ketenangan dalam menjalani kehidupan ini walaupun dalam keaadaan sederhana. Bersama keluarga yang bahagia mampu memberi aku satu senyuman yang mampu membuatkan aku melupakan perih dan bebanan kerja.
Walaupun aku tak mampu nak melancong ke Hollywood atau Bollywood, aku tetap bersyukur. Aku bahagia begini.
Mungkin akan ada yang memilih kekayaan sebagai matlamat mereka. (Terpulang pada pendirian memasing). Bagi aku kalau lah kaya biarlah kaya yang bahagia. Kalau kaya rumah tangga porak peranda buat apa. Anak-anak terbiar tanpa kasih sayang. Wang berjuta belum tidak boleh membeli kebahgiaan. Kebahgiaan bukan dijual beli tapi dibina dan dipupuk.
Ini hanya pendapat aku, mungkin kalian berbeda. Sekian....
Kenapa aku tulis entri ini.....Akan aku ceritakan di entri selepas ini.