Thursday, June 7, 2012

Aku Sebagai Blogger : jedi atau deddydee


Assalamualaikum,

Blog heykawan.com akan menjadi blog bisu dari 1 Mei 2012. Mungkin akan ada sesekali daku ingin menulis dan berkongsi rasa dalam blog ini dengan sahabat-sahabat blogger ku yang hebat belaka.

Blog heykawan.com ini tidak akan daku matikan sama sekali. Akan daku biarkan dia terus bernafas terus berlegar dalam dunia maya ini. Walaupun telah daku tukarkan dari fly5483.blogspot.com yang telah daku gunapakai selama 5 tahun kepada domain heykawan.com pada Oktober 2011. 

Trademark 'Biar Kejam Jangan Keji' yang diguna pakai tetap sejak dari 2009 lagi akan tetap aku kekalkan selamnya.
Ramai juga rakan blogger yang daku kenali dulu sudah diam sejenak, tapi masih aktif dalam facebook.
Nama pena. Memang telah banyak nama pena daku gunakan sejak dari 2007 daku berkecimpung dalam dunia blogger ni. Tidak statik pada satu nama bagi mengelakkan kekeliruan. Dari nama fly 0, ~0~ dan sekarang daku gunakan 'jedi' nama  panggilan bagi kekawan rapat daku dalam dunia realiti.

Itu bagi blog heykawan.com, sekarang ini daku telah membuat satu lagi blog sebenarnya bermula dari Mei 2012. Blog ini menggunakan hosting sendiri iaitu daddydee.net.

Kenapa daku memilih nama daddydee.net, sebenarnya ada dua pilihan yang telah daku shortlistkan hasil dari perbincangan dengan isteri tersayang iaitu haiqal.net ataupun daddydee.net. Haiqal.net adalah sempena nama si kecil daku (anakku). Namun last minit daku telah memilih untuk daftarkan daddydee.net. 

Nama daddydee.net telah daku pilih sebab daku mungkin akan berkongsi lebih kepada hal kekeluargaan jadi daku fikir sesuai lah perkataan daddy disitu. Niche, seo dan lain-lain jangan tanya daku. Daku tidak tahu semua itu dan masih belajar. 

Walaupun menggunakan hosting sendiri blog daku tetap sama tujuannya berkongsi rasa dan pandangan dengan kekawan. Cuma membezakan daddydee.net dengan heykawan.com adalah disana daku menggunakan bahasa Melayu dan English (English pasar. English daku agak teruk. Heheheh). Tidak seperti di heykawan.com yang banyak menggunakan bahasa pasar.


Daku menulis bukan kerana nama tapi menulis untuk berkongsi rasa.



Heykawan : Daku memilih untuk membeli domain dan hosting dari netkl.com

3 Pandangan Kekawan:

KhaiRin : anies said...

apapun namanya, teruskan berblogging!

aleen malas nk login said...

oktober 2012???

skg br june bai..

Kesuma Angsana said...

apa ada pd nama.. yg penting trus berblogging.. Jom!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...