Dari hari Jumaat, travel dari KL ke Sungai Petani.
Malam Isnin travel dari Sungai Petani ke KL.
Pagi selasa pulak travel dari KL ke kuala GANU.
Dan esok aku akan travel balik dari kuala GANU ke KL.
Minggu ni keje aku berjalan je. Balik KL mau tido pepuas...
PSP: Dengarnya bulan depan nak kena ke S'wak plak.....hurm
Thursday, May 19, 2011
Thursday, May 12, 2011
Bucket Seat
Ahad lepas, saje je jajalan bersama Puan Besar dan Madam Besar di SOGO. Saja cuci mata dan beli sikit barang.
Dalam Puan Besar dan Madam Besar dok mencari barang tue. Aku melilau kelain. Saje je. Cuci cuci mata tengok barang. Bukan tengok 'barang' awek ye.
Aku tertarik ngan 'Bucket Seat Baby' adalah dua tiga pilihan. Tapi suma RM300++. Dan ada jugak yang cecah RM1k. Tapi paling menarik perhatian aku yang nie.
Amacam ngam X?? Brand Ferarri tue. Tapi harganya pun boleh tahan.
Dan time bosan-bosan aku search kat tenet pulak. Jumpa yang kat bawah nie. BMW Sauber punye 'baby bucket seat'. Desingnya lagi sempoi dan menarik. Harga walallahullam.
Tapi baby punye bucket seat memang menarik dan baik jugak untuk keselamatan serta keselesaan bayi tue sendiri.
PSP: Bila nak pasang 'bucket seat' kat moto aku nie.....heheheheh
Wednesday, May 11, 2011
Tinggal Satu Peluru
Mana satu tuju ku,
Mana satu sasar ku,
Kiri atau kanan ku,
Depan atau belakang ku.
Mana kawan mana lawan,
Mana harapan mana tujuan,
Tiada dapat ku huraikan,
Tiada dapat ku ertikan.
Kelam dan hitam tanpa pegertian,
Tersesat dalam kegelapan,
Dalam mencari cahaya keimanan,
Tersasar dari landasan kebenaran.
Kerna dek kurangnya ilmu dan iman,
Kerna dek khayal dan hanyut dalam kealphaan.
Mana satu sasar ku,
Kiri atau kanan ku,
Depan atau belakang ku.
Mana kawan mana lawan,
Mana harapan mana tujuan,
Tiada dapat ku huraikan,
Tiada dapat ku ertikan.
Kelam dan hitam tanpa pegertian,
Tersesat dalam kegelapan,
Dalam mencari cahaya keimanan,
Tersasar dari landasan kebenaran.
Kerna dek kurangnya ilmu dan iman,
Kerna dek khayal dan hanyut dalam kealphaan.
Tuesday, May 3, 2011
Al Fatihah
Tiada lagi senyum manis mu
Tiada lagi kata-kata sinis mu
Tiada lagi usik tawa mu
Pemergian mu tiada kami pinta
Tapi kami redha atas segalanya
Kami tau ia sudah ketentuan dari Nya
Al Fatihah...
Buat bapa mertua ku, Allahyarham Ishak Bin Busu yang telah kembali
ke rahmatullah pada 3.34 pagi pada 29 April 2011.
Semoga arwah ditempatkan di golongan yang beriman.
Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)