Friday, August 6, 2010

dunia sekarang

Tadi balik lmbat skit. Abes meeting sampai opis dekat 0730mlm. Melepak jap kat opis ada la bangla, Nayan.

Aku mengadap je komputer. Nayan dok belek Metro yang aku baca. Dia nia xde la fasih BM dan xbrape reti baca pun walaupun da 3tahun kat Malaysia.

Tengok muka depan ada picture Baby comel, Nayan tanya kat aku. 'Pesal baby comel camni di buang?'

Aku terdiam sejenak.

'Dunia sekarang. Bila manusia lagi jahat dari setan. Itu la jadinya' jawab aku.

'Saya rasa bangla pun sama juga skang kan?' Tanya aku kat Nayan plak.

'Ye, bangla pun teruk. Perempuan sana sudah sexy2' jawab Nyan.



ini la dunia akhir zaman.

Tuesday, August 3, 2010

sekolah mengandung

Sekolah mengandung akan dibuka di Jasin. Satu berita baik dan mengembirakan. Kepada siapa? Aku pun xtau.

Adakah pembukaan sekolah ini akan membendung masalah pembuangan bayi dan masalah seks bebas?

Dan ada juga terdengar ada suara2 menyatakan penggunaan pil perancang kehamilan boleh mengurangkan kes pembuangan bayi. Tapi sebaliknya mungkin seks bebas akan terus berleluasa. Jika sebelum ini pil ini digunakan oleh pasangan yang bwrkahwin mungkin selepas akan menjadi suatu pekara biasa jika perempuan belum berkahwin turu mengambil pil tersebut.

Dalam kerancakan isu gejala sosial ini diperdebatkan. Pelbagai idea dikemukakan. Isu ini sudah menjadi satu wabak yang sedang melular dalam masyrskat kita. Dan kebanyakan yang terlibat dalam kes buang bayi adalah Melayu dan beragama Islam.

Bagi aku isu ini hanya boleh dibendung dengan satu cara sahaja, iaitu kembali kepada agama Islam. Agama adalah petunjuk sebaiknya bagi membentuk akhlak semua remaja.

Monday, August 2, 2010

peluang kedua

Kalau diberi peluang kedua, semua org mahu. Memperbetulkan segalanya. Memperbaiki semuanya.

Tapi sempat kita sedar akan silap kita....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...