Saturday, July 31, 2010

tiada jalan pintas

Dalam hidup ini perjalanan hidup kita tiada jalan pintas untuk berjaya. Tiada yang mudah. Tiada yang datang bergolek. Setiap kejayaan mesti dimulakan dengan usaha. Tiada jaya jika tiada usaha. Zaman sekolah dulu pun cikgu2 kerap kali laungkan 'usaha tangga kejayaan'. Malah dalam Islam sendiri kita diajar dengan usaha, doa dan tawakal. Dimana kejayaan dimulakan dengan usaha, ikuti dengan doa pada Allah swt dan bertawakal.

Bila terbaca dalam paper pasal skim cepat kaya yang heboh diperkatakan dalam akhbar kebelakangan ni. Antara mangsa kejadian ni adalah kekawan opis bini aku, ada ramai yang ditipu. Dek kerana ingin peroleh wang mudah. Dan dikaburi janji manis kononnya pulangan yang lumayan. Dan setahu aku pun ada jugak kawan opis bini aku dapar pulangan 11k. Wow..memang banyak kan?

Apa yang mereka perlu lakukan adalah perlu bawa masuk ahli baru. Dan pelaburan nya xsilap aku hampir 13k. Dan bukan mudah nak tarik org melabur byk tue. Tu sebab nya mereka target kakitangan gomen. Sebabnya org gomen mudah wat loan utk melabur. Ditambah pulak ngan leader2 diorang ada link ngan orang koperasi. Lagi mudahlah loan mau lulus.

dan yang terjadi ialah diorang tipu orang bawahan. Dipujuk org2 yang nak masuk tue wat loan sebayak 13k. Dan tanpa pengetahuan orang yang wat loan tersebut jadi lebih tinggi. Semaksimum yang boleh. Dan yang hebatnya org koperasi tidak pula menelefon org yang apply. Dan loan diluluskan dengan jumlah yang maksimum tanpa pengetahuan yang mengapply. Dan hasilnya yang mengapply perlu menanggung jumlah hutang yang tinggi.

Dan yang kesiannya ada yang kena sampai hampir semua gaji dipotong koperasi dek kerna hutang tersebut. Ada jugak yang tahap nak makan sendiri pun xcukup apatah lagi untuk beli susu anak.

Lahanat punye penipu. Bagi aku org camni jgn diberi muka. Rosak masyarakat. Rosak umat.

Bukan aku cakap MLM tue tipu. Tapi beringat la. Dan berhati-hatilah.

Wednesday, July 21, 2010

hujung sana

Aku melihat berlalunya dikau,
Jauh pergi tinggali daku,
Di ceruk sana aku terkaku,
Bersendiri dalam gelap gelita,
Tiada sedikit pun cahaya bagiku,
Tiada lagi harapan bagiku,
Bagai telah tamat segala.

Di saat aku longlai lemah termangu,
Di hujung sana aku memaku,
Setitik sinar cahaya,
Satu tangan dihulur pada ku,
Memberi petunjuk pada ku,
Membebaskan diriku dari kegelapan,
Ternyata pintu bercahaya itu,
Senantiasa menunggu,
Hanya aku yang buta hati,
Buta menilai, buta mentafsir,

Tuesday, July 13, 2010

terbiar

Terbiar blog aku. Bersawan dan bersemak sudah.
Pernah terfikir utk berhenti dari berblog. Tp xmampu rasanya.
Rindu dan minat pada blog xpernah pudar.
Cuma ketiadaan internet menyebab kan aku kurang aktif sakng.
Bukan takat xupdate, berkunjung ke blog korang pun idak skang. Maaf.
Aku terfikir jugak utk amik tenet. Tp xtau lg samaada nak amik streamyx atau broadband.
Berblog melalui henpon memang satu penyiksaan.
Sakit mata dan jari untuk menaip.
Terima kasih pada semua.

Sunday, July 11, 2010

Friday, July 2, 2010

menilai

Selepas 8bulan berlalu, abah aku call cakap yang dapat surat tawaran kerja ngan JKR (contract for service).

Seingat aku, aku interview bulan 8 tahun lepas. Dan kalau la tawaran ni di terima dalam bulan 4, aku mungkin terima. Tapi bila skang ni aku berfikir jap. Xtau mahu terima atau terus ngan kerja skang.

Masih berfikir dan menilai, keputusan belum di temui.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...