Showing posts with label peminta sedekah. Show all posts
Showing posts with label peminta sedekah. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Masyarakat Yang Prihatin

Satu hari aku bersembang dengan seorang akak, yang kerja kat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam satu karniival. Aku tanya lah dia pasal tugas dia.

Dia cakap sedih sangat bila tengok ibu tunggal muda kat negara ini. Perkahwinan di usia muda atas dasar cinta tapi tidak berpangsikan tanggungjawab. Berkahwin setahun dua dan dapat anak seorang lalu bercerai kerana terlalu masing-masing xpaham tanggung jawab.

Dalam usia yang muda dan sihat, ramai para ibu tunggal datang untuk menagih bantuan. Bila ditawarkan sumbangan modal untuk memulakan perniagaan kecilan tapi ditolak. Mungkin mereka lebih selesa untuk mendapat bantuan tetap setiap bulan dari mempunyai pendapatan sendiri atau perniaggan sendiri yang ada pasang surut.
Gambar hiasan. Sumber google.com



Apa yang menyedihkan adalah apabila melihat sesetengah golongan dalam masyarakat kita yang tidak ingin mengubah nasib diri dan keluarga.

Kalau kita lihat sekarang ramai pengemis di jalanan, pasar malam, pasar pagi dan lain-lain lagi. Kalau di lihat sekarang ini bukan sahaja orang kita je, malahan ada jgak pendatang asing yang meminta sedekah. Bermacam-macam cara dan modus operandi yang digunakan untuk menarik perhatian dan menagih simpati dari masyarakat. 

Berdasarkan laporan dalam surat khabar dan berita pengemis sesenang je dapat RM100-RM300 sehari. Mungkin kerana masyarakat terlalu prihatin. Ini satu sifat baik dan bagus. Tapi yang x bagusnya bila ada yang mengambil ksempatan. 

Yang paling aku x tahan adalah jenis yang mengeksploitasi kekanak. Kesian kekanak tersebut, mereka tidak patut di eksploitasi.


Perhatian: Penyanyi jalanan/penghibur jalanan bukanlah peminta sedekah tapi satu pekerjaan. Mereka menghiburkan kalian dan terpulang kalian mahu bagi duit atau tidak. Teringat AlBaladi di Kelantan.


Tak kenal Albaladi leh baca sini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...