Sunday, May 31, 2009

edisi santau selsema babi

Aku ni buta agama tapi xde la sampai knowledge agama zero. Aku heran bila seorang yang mengelarkan dirinya seorang 'Ustaz' sibuk mendedahkan aib orang. Kenapa?? Perlu ke dia wat gitu. Kononnya untuk mendedahkan kebenaran.

Ape kau ingat kau ustaz da konfirm masuk syurga ke?? Belum tentukan. Bukan hak kau nak tentukan hidup orang.

Dan kau juga xde hak nak dedahkan aib orang sehingga merosakkan hubungan orang. Mungkin orang yang kau dedahkan tue penah melakukan salah. Tapi adakah dia akan bersalah selamanya?? Andai dia sudah bertaubat?? Macamana??

Sape yang berdosa?? Cuba mendedahkan kisah hitam orang lain sehingga menyebabkan porak peranda hubungan orang lain?? Ustaz ke hape nie??

Serius aku benci dan persetan orang yang kononnya boleh lihat 'past and future' orang lain.

Friday, May 29, 2009

Aku Perlu Kamu

Sunyi, sepi dan bersendirian. Adalah perkataan yang biasa bermain di fikiran aku. Al maklum la orang bujang. Kalo da kawin tu lain la kan. Sebab ade teman ada istri atau suami.

Korang pun mesti sama seperti aku kan. Kekadang terasa sepi sangat, jiwa terasa kosong. Walaupun kat depan lagu rock berkemundang atau konsert dangdut sedang menggelek, ia tidak dapat merubah apa-apa. Semua akan tetap sama. Sepi........

Apakah aku ini tidak tahu menghargai kewujudan insan sekeliling aku?? Apakah aku terlalu mementingkan diri sendiri?? Sering mengabaikan mereka, hanya mempergunakan mereka disaat diperlukan sahaja. Mengapa aku begitu keji??

Aku mohon maaf atas segala dosa aku pada semua. Ampunkan dosa aku kekawan, sahabat dan teman sekalian.



Aku mau kau disisiku
Aku mau kau dekat padaku
Aku mau peluk kau erat-erat

Kamu segalanya bagi aku
Tanpa mu aku lemah
Tanpa mu aku kalah

Hanya kamu yang aku mau
Aku tau aku insan berdosa
Banyak melakukan silap pada kamu
Tidak tau menghargai kamu

Tapi hakikatnya
Aku sayang kamu
Aku cinta kamu

Maafkan aku kerana menyakitimu
Ampunkan aku atas segalanya
Aku merayu pada mu

Biarkan aku tenang
Andainya ku tutup mata
Hanya satu ku mau kau tau
Hanya kau selamanya dihati ini
Tidak akan ku berpaling

Thursday, May 28, 2009

tegang

Ingin saje ku hempas kepala yang sedang berserabut bagaikan kuih cakar ayam yang enak di makan itu. Kepala ku cukup pening yang teramat sangat hari ini aku pun xtau apakah beban yang sedang aku tanggung sekarang. Kusut yang teramat sangat. Terfikir juga untuk berhenti kerja dan berehat menenangkan fikiran.

Kalo boleh dihapuskan fikiran ini mau saja aku hapuskan nya. Agar boleh aku menjadi insan baru yang lebih berpekerti mulia. Kata-kata Kurt Cobain terngiang-ngiang

'I hate myself and i wanna to die'

Bukan aku ingin membunih diri tapi ingin ku bunuh diri ku yang lama dan menjadi insan yang baru. Bangkit dengan jati diri yang baru. Lebih matang.

Ku tahu ini semua takdir dan ketetuan-Nya. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaan ini. Bantulah hamba mu yang lemah ini.





Wednesday, May 27, 2009

Kreatif

Sape Punye??

Who will win on tonight game? Only the best can be the EUFA Champions League's winner? Which team u think will win the game?

Manchester United or Barcelona FC?

We will see who is the best player?
Ronaldo vs Messi

Saturday, May 23, 2009

Mintak Tolong

Kalo korang jumpe awek nie tolong mintak no tepon dia. Aku da bekenan nie.

hehehehhe....

Friday, May 15, 2009

Cerita Dan Cerita

Cerita 1


Pada masa cuti hari pada 4 Mei, Aunt aku telah di masukkan ke Gleneagle Medical Centre kerana menghidap Barah Ovari. Dan mengikut kenyataan Aunt aku, dia kata kedua-dua ovari dia telah di buang sebanyak 60% dan 50%. Dua-dua belah kena operate. Aku doakan Aunt aku cepat sembuh.


Cerita 2

Pada masa yang sama, sebelah dengan aunty aku (sebilik ngan aunt aku) terdapat seorang Aunty yang menjadi mangsa ragut. Aunty ni berbangsa Cina.


Mengikut cerita Aunty tersebut, dia baru sahaja tiba di rumahnya. Ketika keluar dari kereta dia perasan ada seorang pemuda bermotosikal dan seorang lagi berjalan kaki ke arahnya. Tapi dia tidak menyangka sebarang malapetaka akan menimpa. Malang tidak berbau. Pemuda yang berjalan kaki dan menyerang dia dengan helmet sebelum mengambil handbag dia. Mamat yang bermotosikal rupanya member yang menyerang yang dok tunggu untuk melarikan diri. Dan semasa kejadian sebenarnya kawasan itu ada ramai orang tapi masih tidak dapat membantu.


Aunty tue ada jugak cakap kalau dia tau orang tue nak handbag dia akan kasi. Tapi kenapa perlu serang dia. Akibat dari serangan tersebut aunty itu mungkin terpaksa di bedah kerana terdapat darah beku di bahagian kepala dia.


Mengikut Aunty lagi, penyerang tersebut dipercayai bebangsa Melayu. Dia telah membuat laporan polis. Dan polis ada menyatakan bahawa penyerang tersebut mempunyai beberapa ahli yang lain yang bergerak aktif sekitar Kuala Lumpur dan menggunakan modus operanti yang sama. Be careful.


Tapi apa yang menyedihkan adalah kerana penyerang tersebut adalah bangsa aku. Dan mengikut apa yang aku baca di akhbar penjenayah ragut di Kelantan yang menyebabkan kematian ibu mengandung juga berbangsa Melayu. Sebangsa dengan aku. Apa sudah jadi? Apakah mereka tidak terfikir andai kata keluarga mereka menimpa musibah sedemikian? Apa perasaan mereka?


Ya Allah berikanlah petunjuk dan kekuatan pada diri ku ini dan kaum muslimin dan muslimat di dunia ini agar kekal di jalan lurus dan benar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...