Pereumpuan tidak akan lari dari berhias dan 'make-up'. Biasalah perempuan. Kalo bersiap mesti paling komang pun 15minit. Silap-silap leh jadi sejam. Touch-up sana, touch-up sini.
Cukur kening boleh dikatakan jadi satu trend dalam masyarakat kita. Aku tengok bebudak remaja pun dah ada yang pandai cukur kening. Nak nipis sikit supaya kelihatan lebih cantik katanya.
Kalau boleh kening tu biar tajam menikam macam buluh runcing.
Dan bila nak naik pelamin biasanya mak andam banyak yang suka sangat cukur kening pengantin perempuan terutamanya untuk kelihatan cantik katanya. Biasanya mak andam akan cakap 'Alah, sekali je u jadi pengantin ni. Jadi biarlah kelihatan cantik dan vogue gitu. Cukur sikit je. Nanti tumbuh balik u jangan risau.'
Mencukur kening sebenarnya adalah dilarang dan haram hukumnya dalam Islam. Mencukur kening di katagorikan sebagai berhias secara berlebihan oleh para Ulama. Hal ini adalah perpadanan dengan hadis berikut:
"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan-perempuan yang mencukur alis matanya atau minta dicukur alisnya" (Hadis Riwayat Abu Daud)
Bagi aku semua tu tak perlu dilakukan oleh perempuan-perempuan di luar sana. Setakat cukur kening tak kan merubah apa-apa, tak akan menampakkan korang lebih menarik pun. Bagi aku ciptaan Allah swt memang sudah cantik. Dan tidak perlu lagi di ubah.
Banggalah dengan kecantikan yang dikurniakan pada diri anda. Bagi aku, cantik tu. Biarlah cantik luar dan cantik dalam.
Kecantikan adalah sesuatu yang abstrak.
Heykawan: Mohon tegur jika aku salah. Mohon perbetulkan. Aku hanya berkongsi dan aku bukanlah sempurna.