Saturday, July 30, 2011

bulan kesabaran

Bulan Ramdhan bakal menjelma lagi. Bulan puasa orang kata bulan kesabaran. Bulan menguji keimanan kita. Bulan yang penuh ganjaran bagi umat yang mengejar Nya.

Semoga aku diberikan kesabaran, ketabahan dan keimanan yang teguh untuk menghadapi segala dugaan dan ujian dari Nya. Dan semoga semuanya kembali aman seperti sediakala.


Selmat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Thursday, July 14, 2011

Inovasi: Daging Burger Tiruan Daripada Najis Manusia!

Inovasi: Daging Burger Tiruan Daripada Najis Manusia!

Inovasi: Daging Burger Tiruan Daripada Najis              Manusia!
Share   Makanan tiruan kini kerap menjadi isu, khabarnya dunia mengalami krisis makanan global. Dan ada pihak yang bertindak untuk menyelesaikan masalah dengan mencari inisiatif untuk mencipta makanan tiruan seperti telur ayam tiruan, daging lembu tiruan dan yang terbaru Jepun telah muncul dengan inovasi baru iaitu menghasilkan daging burger dari bahan buangan manusia!  
 
Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bakteria yang banyak.  
 
Menurut beliau, setelah membuat kajian didapati bahan buangan manusia mempunyai jumlah protein yang tinggi. Warna merah pada daging burger itu diwarnakan dengan pewarna artifisial untuk membuatkan ia nampak segar, menarik dan kelihatan seperti daging burger yang sebenar dan menggunakan perasa soya sebagai bahan tambahan untuk memberikan rasa sebenar daging kepada najis yang diproses tersebut. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.  
63% protein, 25% karbohidrat, 3% lemak dan 9% mineral merupakan kandungan yang ada dalam daging ini. mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan bahan tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan.  
 
Tambah beliau, masalah utamanya bukan dari segi kesihatan tetapi dari psikologi manusia iaitu daging ini dibuat daripada najis. Ditambah pula dengan kos pembuatannya yang rumit menjadikannya agak mahal membuatkan harganya 10 hingga 20kali ganda lebih mahal daripada daging lembu biasa. Namun, itu hanyalah kos untuk kajian dan mungkin apabila kajian ini selesai harganya akan boleh dikurangkan supaya setanding dengan harga daging burger biasa. Jika tidak, ia tidak akan di pasarkan.  
 
Katanya lagi, daging burger daripada najis manusia ini kurang lemak dan rendah kalori. 




PSP: Berhati-Hati lah 

Tuesday, July 12, 2011

RASA

Satu ari, time pala aku tengah toink toink. Asyik kena tiaw je ngan bos aku. Tue yang pala aku toink semacam je. Dalam dok mundar mandir cam pak gaurd tue, PA boss aku panggil aku.

'Sini jap' panggil PA Boss aku.

PA Boss aku ni level makcik dah. Da dekat nak pencen da. Dia jenis suke membebel x tentu hala. Bebudak opis aku xde la brape suka sangat. Pasal dia suka membebel.

'Ye kak. Ada apa?' tanya aku.

'Mintak tolong buat ni jap. Akak nak buat itu...buat ini...begitu...begini...'

Aku pun tolong la. Nak setel apa yang dia mintak tolong.

'Ada lagi ke?' tanya aku pada PA boss.

'Hah....Nak tanya ni. Buku sapa?? Buku kamu ke?'

'Bukan saya punya. Dan xtau sape punye' jawab aku.

'Cuba la check tulisan tue. Rasa tulisan sapa??' tanya PA Boss lagi.

Aku pun malas nak cakap banyak. Aku selak-selak buku tue. Sambil tangan aku rasa tulisan pada buku tue.

'X rasa papa la kak. Xleh nak rasa tulisan ni.' kata aku sambil blah dari situ.

'Ishhhhh.....Budak nie. Main kan aku plak' teriak PA Boss.

Aku hanya senyum sinis je....Nak tergelak aku tengok muka akak tue bengang....

Thursday, July 7, 2011

bila

bila marah BUNUH!!!!
bila benci BAKAR!!!!
bila geram ROGOL!!!
bila takut CAMPAK!!!
bila sempit ROMPAK!!!

Itu lah yang jadi skang 
Bila nafsu menguasai akal fikiran
Manusia mula ilang pertimbangan
Tiada belas kasihan 
Tiada perikemanusian
Nyawa seakan-akan permainan
Entah bila MAU TAUBAT
Bilakah semua ini MAU TAMAT
Inikah tanda dunia hampir kiamat??

Friday, July 1, 2011

jagan dok wat gini.......

Jangan lah dok wat gini...Nak kawen pun jangan la gelojoh sangat...Buruk Benor...







PSP: Hanya melawak...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...