Thursday, November 19, 2009

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1.
Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku
bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-

ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan..

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.


4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,

penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah"
sebanyak 3X.

5.
Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku
sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan

sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2

kejahatan.


9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang
mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."


Walaupun mungkin ada diantara kita yang pernah melihat kontroversi yang melanda
pakar motivasi terkenal nie, tetapi saya tidaklah sampai mengabaikan saranan dan
petua beliau kerana menghormati tahap keilmuannya. Perlu juga kita hargai walaupun terdapat sedikit kecacatan kerana Datuk Dr Fadzilah sendiri kurang berjaya men- cuci hati anak2nya. Semoga yang baik dapat kita terima dan jadikan teladan untuk kehidupan yang lebih di redhai Allah. Insya'allah .

It Happens in Seremban


Kisah mengenai sebuah keluarga Islam yang serba sederhana.. Keluarga yang men- jalankan segala tuntutan Allah S.W.T. Seorang anak perempuan telah dilahirkan lebih kurang hampir 20 tahun yang lepas. Dibesarkan dan dimanjakan mengikut lunas2 dan batas2 kehidupan seorang Muslim. Sebuah keluarga yang riang dan sentiasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat yang diperolehinya.


TAPI tanggal beberapa bulan yang lepas apabila anak kesayangan mereka yang mana sebelum ini tidak pernah berkelakuan ganjil, dengan tak semena-mena telah mem- beritahu ayahnya bahawa beliau ingin berkahwin. Namun dengan hati yang agak ter- kejut, tetapi mengetahui bahawa mungkin jodohnya telah sampai mengizinkan. Tapi ayahya teramat terkejut apabila anaknya ingin berkahwin dengan lelaki HINDU, dan ayahnya hampir sahaja pengsan apabila anaknya ingin berkahwin dalam adat resam agama HINDU.

Apalah perasaan hati ayah dan ibu serta keluarga jika anak kesayangan mereka yang satu ini, setelah dididik dan diberikan segala ILMU Duniawi dan Ukhrawi serta segala kasih sayang dan perhatian mereka sepenuhnya kepada beliau, tergamak untuk menyatakan perkara tersebut.

NAMUN, keluarga ini tidak berdiam diri. Mereka dengan segera telah membawa anak mereka untuk didoakan agar terbuka hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. Mereka telah membawanya kepada seorang Ustaz. Apabila tiba masanya bertemu muka dengan Ustaz tersebut dan apabila Ustaz Tersebut mula membaca ayat2 Allah, maka terkejut mereka kerana mendapati anak mereka telah mula meraung dan menari tarian Hindu.

Kesimpulannya, Ustaz tersebut masih lagi merawat anak tersebut. Dan yang terpenting sekali adalah anak tersebut telah DISIHIRKAN untuk menyintai lelaki Hindu tersebut.
Pendek kata beliau DISIHIR untuk keluar ISLAM.

TINDAKAN - Dinasihatkan bahawa musuh ISLAM terutama IBLIS dan SYAITAN senantiasa mencari jalan untuk merosakan ISLAM kita. Faktanya untuk mensihirkan
lelaki muslim yang sentiasa mendirikan solat 5 kali sehari semalam adalah agak sukar (bukan tak boleh TAPI SUKAR), kerana mereka membaca ayat2 Allah.

NAMUN bagi perempuan2 muslim, mereka ada pintu atau ruang yang membolehkan
unsur sihir untuk menyerang dan menyerap kedalam akal fikiran serta hati jika tidak dibendung, apatah lagi yang tidak solat.

Disini, mengajak semua muslimin dan muslimat semua untuk mengamalkan Ayatul Kursi, sebagai senjata untuk menghalang diserap oleh sihir yang tidak kelihatan ini. Jadikan ia amalan yang bersungguh-sungguh dan berdoa agar Allah S.W.T sentiasa melindungi kita semua daripada kekufuran dan gangguan Syaitan.

Saranan juga, apabila masuk sahaja waktu solat, muslimin segera bersolat. Bagi muslimat yang boleh akan juga terus bersolat. Namun bagi yang tidak, akan juga duduk mengisi waktu itu dengan berzikir dan bermunajat. Jangan biarkan waktu itu dihabisi dengan perkara selain daripada mengingati Allah.

Akhir kata, sebarkanlah kepada semua muslimin dan muslimat agar mereka lebih dekat kepada Allah S..W.T dan terhindar daripada SIHIR dan MURTAD dan berdoalah buat semua muslimin dan muslimat.

NOTA:

Di sini tidak hairanlah kalau hampir 250,00 orang melayu ingin menukar agama mereka, malah Kes Aisyah. Seorang Ustazah Mesir berjaya dihindukan. Dipercayai unsur cint
a dan SIHIR adalah salah satu penyebab utamanya. Yakinlah bahwa jika kita hampir pada Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan sentiasa memujiNya, maka Allah akan memelihara kita. Insya-Allah.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada kesesatan dan kekufuran.

Wassalam.

hmmm ...semoga budak itu sembuh depenuhnya dari ganguan sihir tersebut. Amin...



Dancing

Tiada alasan untuk SUSAH mengerjakan solat



Dalam kapalterbang



Dalam kedai pakaian



Dekat stesen keretapi



Dekat jalan-jalan


Dekat jalan lagi



Dekat padang pasir/gurun



Dekat kutub utara atau selatan...






kat jalanan



Dekat jalanan



Kat sebelah Teksi



Dekat tepi laut



akhir skali tentulah di tanah suci Mekah

Semoga Allah menambahkan keimanan saya dan dapat pula memberi kemudahan dan keupayaan untuk saya pada satu hari nanti bersolat di depan Kaabah. Amin...


Tazkirah hari ini..


Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?"

Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A..W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya." Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A..W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada
pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya".

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN2 MU,
KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN.


17 Pandangan Kekawan:

Mak Su said...

tq 0, maksu minta maaf kalau ada terkasar2 bahasa

imHepPie said...

bab belanja org mkn tu susah sket hehe

Anonymous said...

dengan gigih aku mmbaca entry mu ini 0 sampai habis...subhanallah....sunguh ini tzkirah hari Jumaat...

mg kita smua mndpt manfaat;))

0 budak baixxxxxxxx

huhuhu....minta maaf byk2 ye 0 ..hu..wslm..

Anonymous said...

terima kasih atas tazkirah encik O..i like!

BajuKurung said...

Gua stuju part no 12.. bile lu nk laksana kan? ahaks..

musang said...

ni yg aku suka masuk blog ko nih...
byk bnda brmanfaat yg bleh dikutip

Dearie Pearls said...

perkongsian yang bagus..

tapi picts tak leh nak view :(

faiz said...

tq for sharing

jom..akak belanja mkn :-)

Mimie.Candy Cane said...

terbaik.nauzubillah..mintak dijauhkan perkara2 yang tak baik..amin..

Yuki Yusuf said...

ah saya setuju part kawan dengan orang miskin tuh..sapa2 nak cuci hati meh kawan ngan saya..

kehkehkeh

(^__^)

-ikhlas-

puding roti said...

bagusnya. rs insaf

Melatidaisy said...

salam..

thanks utk tazkirah ni..nampak cm panjang..tp bile bace x trase panjang pn..sbb tiap patah kata ada nilainya tersendiri..terselit seribu peringatan dari Allah s.w.t..
syukran bro ~0~ :)

Kuwe said...

alhamdullilah.

:)

maaf juga dan selamat selamat berkorban.

Hanisham Ab Halim said...

Time kasih wehhhh atas nasihat ni. Best2....

Anonymous said...

ekeleh baru buat entry lucah! segan lak aku nak baca!
sebab aku segan nak baca aku komen je!!
padahal malas baca!

bagus2 ada kesedaran untuk mecuci hati!! *komen aku hipokiut!

myQza said...

ga,bo x leh load.. balik kang aku sambung baca.. ekekekeke

Anem Arnamee said...

salam, indahnyer, byk anme tau harini:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...