SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH ........
Assalam Mu'alaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:
'Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an' .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak di masuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitula h keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
PETUA IMAM SYAFIE
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. Kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
PSP: Ni aku dapat dari emel. Kalo silap bagitau ye. Terima kasih.
20 Pandangan Kekawan:
tak boleh banyak berkelamin ya. baiklah.
terima kasih utk peringatan nieh:)
nk jwb soalan masa komen kat entry frhah td..haah..frhah dok kat keris yg dperbuat drpd emas...hehe =) abg lak dulu dok mana? burhan eh? ckp xder air g masjid...
terima kasih utk n3 nih...
dapat lagi ilmu ari ni
=D
tq very much..mmg bermanfaat..black seed tu habatussauda kan?
banyak info
woooo..info menarik
2 bulan sekali ckLah menemui pakar neurologi di KPJ Ipoh.....
...dan berbekal stok butiran 'mecobalamin' sebagai penyambung hayat...
thanks 4 sharing d info :)
thanks 4 sharing d info :)
tak silap kot..aku pon penah dgr kisah doktoR tu..
ngaaa~~
rupenyer mata aku rosak sbb byk tgk pict munuh2 nih..
hahaaa~~
lae satu tabiat buruk aku suka tidur meniarap..
takley nak ngadap laen la..
sbb aku masalah pada nafas..
so cam lae besh tito meniarap..
camne ek?
start arini,kurangkan memandang kemaluan.
ciss
owh dak ukm ker.
information yg berguna.
tq2.
memandang warna hijau boleh menajamkan mata
i love green...yup,hjau 2 wrna yg menarik...Rasulullah saw suka wrna hijau jugak 0
info bgus...bgus3...heheh
tq for the info..
islam itu Indah..:)
dapat ilmu yg bermanfaat aku pagi2 nie..terima kasih cikgu
salam.. eh.. ko makan nasi ayam kat tapak pasar tu ke??? yg berhampiran dgn kedai roti jala dan kari ayam yg femes tu?? ehehe.. takde kaitan dgn entri..
nways.. thanks for the reminder.. sesungguhnya.. kita harus saling ingat-mengingati.. manusia selalu lupa.. ye dak.. =)
tq 0
Vee pernah dapat email ni... sangat informative...
=)
Post a Comment