Wednesday, November 4, 2009

Ketam Ajar Anak Jalan Lurus

Dadah: Pegawai AADK, 4 polis bantuan ditahan

KUALA TERENGGANU: Polis menahan enam orang termasuk seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Terengganu bersama empat polis bantuan dan seorang wanita berusia 23 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Jaya Pusasa awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Narkotik Negeri, Supt Roslan Abd Wahid, berkata polis turut merampas 2.5 gram syabu bernilai RM1,000 dalam serbuan jam 2.30 pagi itu.


Camne nak kurangkan kadar dan bilangan penagih dadah kat Malaysia nie?? Kalau da yang nak kuatkuasakan undang-undang tu sendiri amik menatang haram jadah tue??

Apa nak jadi?? Patut lah taiko besar dadah sampai skang xdapat....

Walaupun hasil tangkapan adalah berjuta-juta. Berpuluh makmal dadah di serbu tapi pengedaran dadah dan penagihan dadah tetap berleluasa.

Bukan nak kata ape, menda haram ni senang gile nak dapat skang. Da cam nak beli gula-gula kat pasar. Diorang bukan takut kat sesape.

Abes jahanam anak bangsa, anak muda skang. Isap ganja da jadi cam isap Gudang Garam Surya atau pun Dunhill. Aku brani cakap dalam hostel pun budak skang brani isap ganja.

Pil kuda xyah cite. Nak beli pil kuda da cam nak beli penadol. Cuma beza harga dia je. Jangan pelik kalo jumpe budak 15tahun jual pil kuda. Bayangkan ubat yang di beri kat kuda untuk lumba manusia telan. X ke gila?? Orang yang telan pil kuda ni dia punye berani lain macam skit. Bunuh, tetak, sembelih memang biasa. Bila da telan haram jadah ni diorang x takut sesape da. Mak bapak sendiri diorang bantai.. Adik beradik tok sah cite la kalo da mak bapak diorang leh serang.

Satu lagi, menda ni aku xtau nak katagori dadah ke ape. Gam. Korang kenal gam?? Gam yang warna kuning@merah tue. Dulu masa aku skola dlu, kaki gam suka amik gam merah tue yang harga dia RM1.20 sebotol. Pastu taruk dalam plastik dan kasi sedut sampai kering.

Skang nie gam warna kuning lak jadi mangsa. Ala gam kuning tue yang biasa tukang kasut kasi gam kasut. Yang dalam tin tue, ada brand Dunlop, dan memacam brand gak. Senang je nak dapat kat hardware. Harga dia mahal skit dalam RM4.00.

Yang jenis ni korang xyah risau, sebab diorang ni biasa xlama punye. Pasal nanti diorang akan dapat makan free. Tue pun kalo hospital bahgia amik diorang la. Kat kampung aku ada sorang. Merayau-rayau xpakai baju. Jumpe pokok kelapa dia kasi ceramah kat pokok kelapa. Tengok gaya da macam lecturer universiti aku cakap kau.

Gam ni efek dia memang akan rosakkan otak. Memang leh jadikan sape isap dia jadi gila. Sape nak gila silakan?? (erk...jangan salahkan aku. Tapi aku tau korang suma bebaik kan.)

Moga kita semua terselamat dari semua jenis haram jadah nie. Skian bebelan aku kali nie..



18 Pandangan Kekawan:

kuina said...

penguatkuasa yang ada kuasa & menyalahgunakan kuasa.. mcm nie la jadinya...

Melatidaisy said...

bebelan yg mantap :)

semoga kite sume n keturunan kite terpelihara.. amin.

Hanisham Ab Halim said...

Di, nasib baik hidup lagi walaupun gila. Kesian aku tgk spesis camni....

Ibu Ammar said...

padahal kat m'sia ni dah kuatkuasa hukuman gantung untuk pengedar dadah..tp..kelumayanan 'wang' mengedar dadah tue tetap wat org tak sedar diri..isk!

sharamli said...

gam uhu b0leh?

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

gam ni 1 jer masalah dia xda akta yg blh mengharamkan benda alah ni sebab dia bkn dikategorikan sbgai dadah walopon efect dia mmg bleh wat org bengong...

budak2 sek rendah pn dh pandai isap gam..

dunia dunia penak jd la...

musang said...

memang HAPRAKKK

Yuki Yusuf said...

yang gila tu mmg kesian la..

macam mayat hidup..

kalau skali pikir lebih baik mati jer..

Afzainizam said...

Salam ziarah dari kami
http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

emmm dadah ni pun tak mengenal mangsa... tapi yang Penguatkuasa tu pun nape lah jadi cam tu... dia plak yang kena tangkap isap dadah... eeeeemmm mmg betul dadah musuh negara... peranginya habis-habisan perosak bangsa...

Harap pagar.. pagar makan padi... Hampeh....

TokNabe said...

Tau tak pe.

Solehah said...

isk..nak komen si shamramli kejap..kalo gam uhu telan terus aje..hehe..tumpang lalu..

serius isu tu..ko rasa kan, apa yang kita boleh buat untuk banteras benda ni? kempen ka apa ka? fikir sumting yg boleh membantu anak bangsa kita la..

acap rahman said...

dorg serbu.dorg rampas.dorg simpan.dorg jual.senang.kdg2 jer yg kantoi bdoh2.

Anonymous said...

ak suke bau gam uhu, petrol, gas...

p/s: ak bkn penagih :)
p/s2: ak singgah xpe kan3..

HEMY said...

aku ari tu baru men takraw kat persada sungai besi tmpt pemulihan..melayu sumenya yg aku nmpk beb..sedeh

Bulan Dilangit Osaka Biru said...

tahu tak pe...
kadang2 mereka ni lupa apa tanggungjawab mereka....
malu la sikit!!!
geram ni!!!

Anonymous said...

patut la ramai skrg kaya2..jual dadah rupanya

Yunus Badawi said...

Harapkan pagar pagar makan padi.
Yg sedihnya 75% yg terlibat dgn dadah tu org kita

Unknown said...

gam tak leh diletak bawah akta pe sebab die tu bukan betul2 dadah...bahanbuat pun bukan dari benda2 larangan...dan,efek gam lebey kuat dari dadah...lau amek dadah beragak lau insap nak pulih ok la...tp gam?rosak ler..so..isap la dadah..haha...
p/s:gam2 ke ptrol2 ker seme ade kesan same cam gam tayar tu gak..kecuali gam kanji..so jgn gatal g hidu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...