Showing posts with label spoilkan mood. Show all posts
Showing posts with label spoilkan mood. Show all posts

Friday, February 24, 2012

Pagi Yang Hangat


Pagi Jumaat, patut semua orang pakat tenang dan gembira pasal esok nak cuti hujung minggu. Lagipun hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang dikatakna baik untuk beramal ibadah. (hari lain pun kena ibadah juga)

Tapi pagi ni dah memulakan kerja dengan spoil kan habis mood aku di hari ini. 

Esok sebenarnya ada satu program kat sekolah. Ok tak masalah untuk join program tapi yang jadi masalah bila person in charge (PIC) ambil sambil lewa menda yang nak di buat. Kalau program dalaman ok. Tapi ini program melibatkan orang awam dan VIP. 

Semalam bila meeting pengarah tanya PIC ni jawab cantik je. Semua dah standby. Macam dah cun je.

Tapi bila pagi ini, masuk bilik aku cakap itu ini tak setel lagi. Esok nak program. Minta unit aku setelkan. Memang tak de masalah tapi kami dah merancang benda lain. Di tambah pulak menda lain patutnya menda ni PIC cakap semua dah serah pada kontraktor. Alih-alih kami kena buat. 

Serius buat aku hangin satu badan hari ni. Ni susah bila kerja nak buat sesorang dan ambil mudah semua benda. 

Aku memang tak suka kalau hangin di pagi hari.



Aku bukan hebat sangat. Tapi common lah........Walk the talk.



Berjalan Biar Ke Depan. Bersama dengan Otak dan Pemikiran. Jangan hanya mulut dan perut saja ke depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...