Showing posts with label fitnah. Show all posts
Showing posts with label fitnah. Show all posts

Thursday, December 31, 2009

Apakah???

Suami mati nikah mentua

Aku baca ini dalam Harian Metro Online. Sila klik tajuk untuk baca. Aku bukan mau mengkritik dan aku jua bukan nak menyalahkan sesapa. Tapi bila aku baca aku amat terkejut. Aku tidak dapat menerima alasan yang diberikan iaitu mengelakkan fitnah sampai sanggup melakukan dosa besar yang terlarang.


Apakah semua ini??? Adakah ini petanda dunia akhir zaman??? Petanda Kiamat sudah dekat???

Aku pernah jua mendengar nasihat dari para ilmuan dan orang tua-tua, bahawa 'Bila kita berkahwin dengan pasangan kita. Ikatan yang terjalin bukan takat kita dengan pasangan je. Tapi seluruh keluarga pasangan kita menjadi keluarga kita dan begitu lah sebaliknya.' (kalo salah tolong betulkan kekawan)

Xtau la nak cakap apa bila baca menda camni. Seperti aku cakap dalam entri aku FITNAH 1 .

'Mulut tempurung boleh kita tutup. Tapi mulut manusia tidak kita terdaya. Walau pun mulut tempurung lagi besar dari mulut manusia.'


Pengalaman seorang kawan.
Mat, kawan aku. Mat nie berkawan ngan seorang gadis, Ct. Mereka adalah sebaya. Mat merantau belajar di kota A dan Ct memang menetap di kota A. Mereka berkenalan dan Mat amat rapat ngan keluarga Ct.

Masa tue Mat masih belajar dan Ct telah berkerja. Mat kerap datang ke umah Ct. Malah Mat juga pernah menjaga mak Ct ketika mak Ct sakit. Mak Ct ni ada sakit jantung. Ye la sudah berumur hampir 70tahun. Ct adalah anak bongsu. Bapak Ct masih berkerja sebagai jaga.

Ketika mak Ct sakit, Mat la menjaga Mak Ct. Pasal Mat student, banyak masa terluang. Ct dan bapak dia memang kerja. So Mat la yang menjaga Mak Ct yang sakit. Ye la orang sakit jantung, kot-kot ada pape susah nanti kalo xde orang.

Memang Mat da anggap Mak Ct cam mak sendiri.

Bila Mat dok jaga Mak Ct, ada la bunyi cot cet cot cet, ngumpat dari orang flat. Biasa la manusia. Kata Mat ngan Mat Ct buat maksiat. wtheck....Mat umut 20-an sedangkan mak Ct umut 70-an ok. Menda ni wat Mat tertekan.

Tue aku cakap kat Mat dulikkan cakap orang. Yang penting kau tau apa yang kau buat tue btol Mat. Allah maha mengetahui.

Bila menda ni sampai kat pengetahuan Bapak Ct dan Ct, diorang pun cakap menda yang sama. Xyah dulik cakap orang. Manusia ni xleh tengok orang lain senang.

Mulut manusia ni susah kita nak tutup.

Dan syukur alhamdullillah. Hubungan mereka masih kekal hingga sekarang. Dan akan berkahwin dalam masa terdekat.


PSP : Mat dan Ct adalah nama rekaan semata-mata. Cuma cerita je betul. Maafkan kalo ada yang terasa xde terniat ingin melukakan perasaan sesiapa pun.

PSP2 : Semoga kita semua dapat mengambil pengajarannya.

Tuesday, December 29, 2009

Fitnah 3

Sambung dari FITNAH 1 dan FITNAH 2

'Mana dapat no nie??'

'Penting Ke??Saya dapat mana'

Bedah seperti merahsiakan sesuatu. Membuatkan Mamat curiga. Memang dia rasa 'Bedah' adalah salah sorang kawan yang ingin memperdajal beliau.

'Xbleh jadi nie' bentak Mamat. Dia mula berasa geram ngan kerenah Bedah. Lalu mndail no Bedah dan menekan butang hijau yang bergambar ganggang telefon pada hanphon chokia beliau.

Percubaan pertama Mamat, gagal. Tiada jawapan. Di cuba dail lagi sehingga kali ke-3 tiada jawapan dari Bedah. Mamat hanya mahukan kepastian dan mengetahui siapa 'Bedah'.

Mamat pun sms Bedah, setelah panggilan tidak berjawab.
'Nape xjawab call. Kalo btol nak kenal'
Mamat cuba menpsiko Bedah.

'Xleh jawab. Bising. Mak marah bergayut memalam'
Bedah trus cuba berdalih.
'Tinggal ngan mak ke??'

'Ye tinggal ngan mak. Awak tengah wat pe??'

'Xbuat ape. Tengah borak ngan kawan. Nape??'

'Jom kluar'

'Bila??Ujung minggu ke??'

'X la. Sekarang la'


'Mamat tengok jam da menunjukkan pukul 3 pagi. Ape jadah Bedah ni ajak kluar pepagi buta. Xbtol ke bedah nie???' getus Mamat sendirian. SMS Bedah tidak di balas Mamat.

10minit kemudian. SMS Bedah masuk lagi
'Jom la awak. Saya tengah bosan nie. Kita jumpa kat Tasik Naga Sakti ye??
Skang tau. Saya da nak keluar'


'Ok'
Pendek Mamat balas.

'Pegi mampus la ko bedah. Gila apa nak keluar memalam. Aku dah pencen dari semua nie' kata Mamat sendirian.

Mamat da tidak mepedulikan handphone nye lagi di ambil nye bantal dan selimut, menjoinkan diri bersama kekawannya yang sedang menonton dvd gusti yang di beli Dollah. Aksi Stone Cold lawan The Rock sedang rancak bermain.

------------------------------------------------

Sambung lagi lah....
Aku nak balik dulu....

PSP: Cerita dan watak serta tempat adalah rekaan semata. Tiada tujuan menjatuhkan sesiapapun. Harap paham.

Wednesday, December 23, 2009

Fitnah 2

Kesinambungan Fitnah 1


Pada suatu malam, jam 11.30 malam. Hp chokia milik Mamat mengeluarkan bunyi ala-ala kentut. Menandakan terdapat satu pesanan ringkas dari seseorang. SMS la tue. Mamat pun amik HP dan baca SMS tue.
'Hye awak. Selamat Malam. Sombong ye skang'

'Sape lak sms memalam buta cenggini.' getus hati Mamat. Diperhatikan Mamat no phone pengirim misteri tersebut. Di semaknya dalam list phonebook yang ada. Ternyata no tersebut tiada dalam simpanan Mamat.

'Sape la nak kenakan aku memalam ni. hurmmm...Xpe kita layan dulu' getus Mamat yang masih tertanya-tanya sape pengirim tue. Mamat pun SMS untuk tahu lebih lanjut lagi. Mamat memang suke dajalkan kekawan rapat beliau. Memang stail diorang. Dajal meperdajal. tapi xde sampai tahap bunuh-bunuh.
'Sombong ape jadah. Ko pun aku xkenal sape. Sape ko nie?'

'Ni saya la. Bedah. Xkan xkenal'

'Bedah mana plak?? Xkenal pun Bedah'


'Memang la. Xkenal sebab saya baru nak kenal ngan awak'

'Biar btol si Bedah nie. Ni mesti kekawan aku nak dajalkan aku. Xpe.huhhh' getus Mamat lagi.


Sambung nanti.....


PSP: Hidup ini penuh dugaan. Kerna dugaan lah akan mematangkan kita dan mengajar kita menjadi insan atau setan.

Monday, December 21, 2009

Fitnah 1



Mulut tempurung boleh kita tutup. Tapi mulut manusia tidak kita terdaya. Walau pun mulut tempurung lagi besar dari mulut manusia.

Lidah lebih tajam dari mata pedang (da repair....tadi aku eja pedam...cess). Dari lidah boleh menghancurkan satu nyawa, bangsa dan negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...