Monday, December 12, 2011

Cukur Kening: Sesekali je......

Pereumpuan tidak akan lari dari berhias dan 'make-up'. Biasalah perempuan. Kalo bersiap mesti paling komang pun 15minit. Silap-silap leh jadi sejam. Touch-up sana, touch-up sini.

Cukur kening boleh dikatakan jadi satu trend dalam masyarakat kita. Aku tengok bebudak remaja pun dah ada yang pandai cukur kening. Nak nipis sikit supaya kelihatan lebih cantik katanya.

Kalau boleh kening tu biar tajam menikam macam buluh runcing.

Dan bila nak naik pelamin biasanya mak andam banyak yang suka sangat cukur kening pengantin perempuan terutamanya untuk kelihatan cantik katanya. Biasanya mak andam akan cakap 'Alah, sekali je u jadi pengantin ni. Jadi biarlah kelihatan cantik dan vogue gitu. Cukur sikit je. Nanti tumbuh balik u jangan risau.'



Mencukur kening sebenarnya adalah dilarang dan haram hukumnya dalam Islam. Mencukur kening di katagorikan sebagai berhias secara berlebihan oleh para Ulama. Hal ini adalah perpadanan dengan hadis berikut:
"Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan-perempuan yang mencukur alis matanya atau minta dicukur alisnya" (Hadis Riwayat Abu Daud)



Bagi aku semua tu  tak perlu dilakukan oleh perempuan-perempuan di luar sana. Setakat cukur kening tak kan merubah apa-apa, tak akan menampakkan korang lebih menarik pun. Bagi aku ciptaan Allah swt memang sudah cantik. Dan tidak perlu lagi di ubah. 

Banggalah dengan kecantikan yang dikurniakan pada diri anda. Bagi aku, cantik tu. Biarlah cantik luar dan cantik dalam. 

Kecantikan adalah sesuatu yang abstrak.



Heykawan: Mohon tegur jika aku salah. Mohon perbetulkan. Aku hanya berkongsi dan aku bukanlah sempurna.

11 Pandangan Kekawan:

redza said...

tegur menegur utk kebaikan bersama

dear anies said...

pandai je diorg ni bkn hukum sendiri

sori baru sempat nk menjengah!

Lizz said...

even masa free hair dulu pun, tak teringin nak cukur kening. hahaha!! kadang2 tgk gurl yg bertudung tp kening cukur rasa pelik....

eMMe said...

Betul tu haram....tapi berhias utk suami camner?suami nak isteri kelihatan cantik? bgaimana ye ustaz Jedi......

Unknown said...

@redza
Hanya mengingatkan.....samalah kita tegur menegur

Unknown said...

@KhaiRin
tue la sifat orang kita skang ni..suka buat hukum sendiri...

Unknown said...

@Lizz

tue la sebab ada org kata manusia tu misteri...

Unknown said...

@eMMe

salam..
Maaf aku bukan ustaz...hanya berkongsi sahaja..sama kita mengingatkan sebagai sesama umat Islam.

Berhias untuk suami diharuskan dalam Islam. Tetapi mestilah mengikut syariat-syariat dalam Islam. Untuk lebih lanjut sila lah refer pada Ustaz@Ustazah yang berdekatan.

Boneka Tak Sakit said...

ehhh geram je aku pk! aku pown xsuka kot awek cukur2 kening! Alhamdulilah adik2 aku semua x buat benda camtu! dah terang2 kata haram asal buat lagi..

>:)

Anonymous said...

aku mmg tak cukur pun even time kawin ari tu...biar naturally..

Azza Azman said...

tambah info: ada yang cakap cukur memang tak boleh tapi cabut tak apa...

Azza: (tepuk dahi)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...