Maaf aku pohon terlebih dahulu sekiranya entri yang aku
tulis ini menyinggung perasaan sesetengah pihak.
- ‘Kau bodoh. Sia-sia je aku ajar kau.’
- ‘Buat lah apa yang kau suka. Dasar bodoh berkali aku ajar sama saja’
- ‘Orang bodoh cam kau ni memang tak guna’
Ini adalah antara templak yang pernah digunakan oleh
cikgu-cikgu sekolah aku dahulu. Memang niat mereka murni, nak mengajar pelajar
supaya menjadi pelajar yang hebat atau pelajar terbaik.
Aku tak paham bila ada sesetengah cikgu yang suka mengherdik
pelajarnya menggunkan perkataan ‘BODOH’. Ye mungkin pelajar itu pelajar yang
corot, pelajar tercicir atau pelajar dari kelas bawah.
Kerana perkataan ‘BODOH’ adalah pembunuh semangat pelajar.
Membunuh jiwa pelajar untuk belajar dan ubah diri mereka. Mungkin ada
sesetengah pelajar yang akan ambil itu sebagai suatu cabaran dalam hidup dia
dan membuktikan pada dunia yang dia tidak BODOH.
Tapi ada juga
sesetengah pelajar yang akan terus MATI dan tenggelam. Dimana mereka akan
mengangap diri mereka BODOH. Dan tiada guna mereka belajar pun kerana mereka
tidak dipandang pun. Mereka akan tetap di anggap BODOH.
Aku juga tak paham dengan sesetengah guru yang pilih bulu
hanya memberi penekanan kepada pelajar di kelas atas. Mereka akan mengajar
bersungguh-sungguh pelajar kelas atas bagi mendapatkan sebanyak mungkin gred A.
Dan akan mengajar
pelajar kelas bawah dengan sambil lewa sahaja. Malah ada sesetengah tu langsung
tidak masuk pun untuk mengajar. Dengan alasan ‘MELENTUR BULUH BIAR DARI
REBUNG’, kalau dah buluh camne nak betuk lagi.
Ingat ‘KATA-KATA ADALAH SUATU DOA’. Terutama yang diucapkan
oleh ibu bapa dan guru.
Janganlah BUNUH jiwa pelajar. Biarkan mereka berlajar dan
terus belajar. Kesilapan adalah pelajaran terbaik. Didiklah mereka sebaiknya,
gunakan kepakaran psikologi. Kerana kita tidak tahu masa depan kita. Mungkin
juga mereka yang kita kata BODOH itu adalah pemimpin hebat di masa depan.
Ingat pepatah Melayu ada berkata ‘Belakang Parang Lagi
Diasah Tajam Akhirnya’.
Semua manusia tidak bodoh. Setiap manusia ada kelebihannya
yang tersendiri dan berbeza. Perbezaan ini lah akan mewujudkan satu dunia
saling memerlukan antara satu sama lain.
Heykawan : Aku menulis berdasarkan pengalaman aku belajar di sekolah dulu. Mungkin sekarang hal ini tidak lagi terjadi. Dan itulah yang aku harapkan. Aku tidak mahu generasi sekarang lalui apa yang aku lalui.
8 Pandangan Kekawan:
er....tak baikkan kata org bodoh....terkena pada diri sendiri nanti...
dulu tamai cikgu aku putus asa.. hihi keian dan sedih tgk pndidik putus asa. prnh bljr di klass tercorot dan kelas atas mng ada beza. nk jadi cikgu nmpk yer kn sbr dan ikhlas
cikgu gunakan perkataan bodoh utk muridnye bagi aku lansung xelok lansung, berlawanan dengan matlamat guru sebagai seseorang pendidik
barangkali dia dahulu pon sering dilebelkan begitu....seharusnya pendidik lebih peka menggunakan perkatan "BODOH"..utk merujuk kepada lembab otak pelajarnya....
erm..alhamdulillah..nasib baik time sekolah dulu..x pernah cikgu hamburkan kata2 'cinta' mcm ni...
yesh..betul2..kata2 ibarat doa..bila da 40 kali kan..betulkan kalau chii salah..nnt jd betul2..seharusnya,,tuturkan kata2 yang baik
huh, tak baik cakap orang bodoh. kata-kata tu 1 doa..
dulu..selalu gak kena perkataan tu. sabar ajela sebab sedar kecik lagi. kalau dah besar ni kena gak perkataan tu..ada yang bersilat dibuatnya nanti. haha..
menggunakan perkataan bodoh juga perlu pada tempatnya yg betull...
Post a Comment