Wednesday, December 14, 2011

Blogger : Kenapa Aku Berblog #2

Sambungan dari entri sebelum ni Blogger: Kenapa Aku Berblog #1


Melihat kejayaan kumpulan blogger yang buat kerja amal tersebut telah buat aku bersemangat untuk terus berblog. Tujuan aku untuk berkongsi apa yang aku tahu dengan kalian semua. Sebab ilmu lagi dikongsi lagi bertambah. Betul x?


Aku terus berblog walaupun ada naik turunnya. Biasa lah kesibukan tugasan hakiki dengan hobi berblog perlu di bahagikan seadilnya.

Sekian lama aku berblog x ramai pun yang aku pernah jumpa. Antara blogger yang pernah aku jumpa adalah Jard, Ayu Deathwish, Nini Teddylicious, PejaZul, Aleen, Ah Fatt, Huda Luna, Fhad, Puan Capa, Aki, Eriyazz, Bro Echam, JMR, Naman, Azrul Hisham dan ada lagi dua tiga nama yang aku lupa. Ada yang jumpa aku dan say 'HI' je. Xsempat nak introduce diri dan ber 'I YoU' lagi.

Kebanyakan nya aku jumpa semasa Gatsby streetfair anjuran Nuffnang. Dan ada juga yang jumpa kat luar. Bukan dating bukan miting tapi sembang kedai kopi saja.

Ada juga antara rakan-rakan blogger telah sudi datang ke Majlis Perkahwinan aku pada tahun lepas. Terima Kasih yang amat sangat. Korang memang best.

Dan kebanyakan mereka adalah kawan yang amat best. Dalam alam blog mahupun dalam alam nyata, walaupun dah ada yang mula step down dari dunia blog bagi aku mereka semua tetap best. Dan ada juga yang masih lagi kontek ikut facebook dan juga phone.

Itulah yang aku suka berblog ni, dari dunia maya ke dunia nyata kepada sahabat sejati. Thanks all.

Aku juga telah diberi peluang oleh Bro Firol untuk menyumbang tulisan dalam salah satu projek beliau iaitu LAGEJ. Thanks Bro kerna beri aku peluang.

 

Sekian lama berblog aku mula mengenali beberapa blog best yang telah lama wujud tapi aku je kot baru tau seperti denaihati.com, lizarazak.com, ariffshah.com, zulkbo.com, fakirfikir, krenmaut, al-lavenderi, luahfikir dan banyak lagi. 

Mereka semua hebat-hebat. Walaupun aku xpernah kenal mereka melalui dunia nyata aku tahu mereka adalah orang-orang yang hebat melalui tulisan-tulisan yang cukup bermanafaat.

Melalui dunia blog aku dapat tambah ilmu dan juga berlajar benda baru.

Tahun 2011, aku saja je tukar angin dengan tukar URL aku dari www.fly5483.blogspot.com kepada http://www.heykawan.com. Aku hanya mendaftarkan domain je, belum lagi menyewa hosting sendiri. Insyallah tahun 2012 aku bercadang untuk menyewa hosting pula kalau tiada halangan. Saja je nak bagi nampak ada improvement dalam dunia blog nie. heheheheh

Ada yang tanya, kenapa tukar Domain. Sebenarnya aku saja je tukar Domain ni. Dan Heykawan.com aku pilih kerana pada firasat aku ianya lebih senang disebut dan ditaip berbanding jika aku gunakan fly5483.com

Sebenarnya aku lebih suka berblog dari facebook. Walaupun aku tahu aku takkan jadi sehebat Cik Epal ataupun denaihati ataupun redmummy. Aku akan tetap berblog, kerna bagi aku berblog memberi aku satu kepuasan.

Dari aku bujang, sehingga sekarang sudah mempunyai sorang anak aku tetap akan berblog. Orang rumah aku pun dah paham perangai aku. Kekadang pakai senyum sesorang time baca blog. Bini aku pun dah tak boleh buat apa. Alhamdulillah Isteri aku memahami.

Thanks jugak pada kekawan yang dari dulu sampai skang dok beri sokongan pada blog aku yang cikai ni antaranya Redza, Yunus Badawi, Jard, Hemy, Masy, Eye_Nee, Zulkbo, Abg Zaki serta Isteri, Cklah, Koyuki, Daddy Ziyyad, Boneka Tak Sakit, ShaRamli, She-G, GKSB, KnV, Hanie, Citahrudin, KoQ,  dan ramai lagi. Korang memang terbaik antara yang terbaik. Pada nama yang tak tertulis, maafkan aku, aku terlupa.

Berkawan dalam dunia blog tanpa mengenali secara fizikal tapi rapat bagai berkawan sudah beratus tahun. Itu yang aku suka. Dari tulisan lekat dihati selamanya kekal abadi.


Dunia blog ni memang best.


Heykawan : Harap lepas ni lebih ramai blogger dapat aku kenal. Terima Kasih atas persahabatan ini.

13 Pandangan Kekawan:

Unknown said...

SALAM,
MAAF MELENCONG BANYAK .... JEMPUTLAH KE BBB AHAD NI. TAK DAPAT LAMA, DATANG SEKEJAP

hanie said...

hang antara blogger awai yg aku kenal.. hehehe



p/s; incek..besaq kan sikit font buleh dak. kami ni rabun..kami tak berapa nak buleh baca belog hangpa.. ;p maceh..

Unknown said...

@luahfikiran
Insyallah...Saya akan turut serta sekiranya tiada halangan.

Unknown said...

@hanie
aah...hang antara yang awal aku kenai...

nanti aku besarkan skit...hehehehe

musang said...

teruskan bloggin boh

Yunus Badawi said...

Salam Jedi,

Terima kasihlah menyebut nama saya w/p saya ni hanya blogger tak ternama.

Teruskan cita2 dan usaha nak berblog dan semoga awak menjadi seorg blogger yg hebat satu hari nanti.

Yunus Badawi said...

Bila kita nak pergi ngeteh?

dear anies said...

teruskan berblog!

Selamber Rock said...

teruskan menulis bro, walaupun kadang2 xde idea nak tulis..hahaha

fz said...

trima kasih jemput kawe g event gatsby aritu,ramai saim2 blogger kita jupo hari tu

ps: lagej tu,buku blook 1st hok kawe beli

Masy said...

yessssssss ade namaku di situ. yessssss hahahahh!!

saye afundi jedi! afundi afundi!

Kakcik Seroja said...

Jemputlah datang ke BBB pada hari Ahad ini, InsyaAllah lebih ramai yang boleh dikenali. :)

Anonymous said...

x best la jumpa ko! ko garang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...