Showing posts with label saja. Show all posts
Showing posts with label saja. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Lawatan Ke Permintek, Jitra








Antara gambar-gambar semasa aku melawat ke Kilang Permintek di Jitra dua minggu lalu. Kilang Permintek adalah merupakan kilang yang mengeluarkan wayar untuk kereta. Kilang ini merupakan vendor bagi Perodua, Proton, Toyota, Honda dan lain-lain.

Apa yang menarik owner kilang ini adalah seorang Melayu yang telah joint venture dengan Jepun. Bila dengar tentang vision dan sejarah mereka, telah memotivasikan diri aku sendiri. Boleh saja kalau kita nak berjaya kalau kita yakin dan berusaha.

Apa yang best, wayar yang berpuluh-puluh, perlu di susun dan balut dalam masa tidak lebih dari 4 minit. Memang aku respect orang yang buat kerja ni. (Majoriti adalah wanita) Diorang memang cemerlang. Aku sendiri leh katakan tak sanggup nak buat kerja seperti itu.

Thursday, January 26, 2012

Port Sarapan : Lan Roti Canai

Kalau yang duduk area Pantai Dalam dan UM mesti biasa ngan port ni, Lan Roti Canai. Kalau ikut peta geografinya ataupun google maps kedudukannya dekat ngan Kg Kerinchi atau skang lebih dikenali Bangsar South (Pasni orang xkan kenal la Kg Kerinchi kot...hurm). Bak kata bini aku memang lama dah wujudnya Lan Roti Canai ni, masa dia kekanak lagi.

Bukan senang kat KL ni nak cari kedai roti canai yang orang Melayu buat banyak Mamak je. Leh kata hampir 98% kedai roti canai Mamak buat. Kalau kat Kelantan memang biasa sangat, peniaga roti canai kat Kelantan leh katakan hampir semua Melayu.

Bagi aku, Roti Canai Lan ni lagi sedap dari yang kedai Mamak punya. (Ye la...Memasing ada selera memasing kan). Roti dia leh dikatakan lembut. Roti dah sejuk pun lembut lagi. Xde la cam sesetangah roti canai hanya sedap dimakan time panas, bila dah sejuk jadi cam roti kayu.






 Gambar blur dari Hp aku. 
Semua yang ada tu suma orang yang makan kat Lan Roti Canai

 Tukang bungkus dan tukang tebar yang sibuk melayan pelanggan.

 Beratur tunggu order siap.

 Signboard kat dalam kedai.

  
  Juadah lain yang ada kat Lan Roti Canai
 
 Ni rupa Roti Canai nya. Sama je ngan lain-lain.
Tapi rasanya memang berbeza.


Heykawan : Bisnes roti canai lagi kaya dari bisnes MLM kot.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...