Antara gambar-gambar semasa aku melawat ke Kilang Permintek di Jitra dua minggu lalu. Kilang Permintek adalah merupakan kilang yang mengeluarkan wayar untuk kereta. Kilang ini merupakan vendor bagi Perodua, Proton, Toyota, Honda dan lain-lain.
Apa yang menarik owner kilang ini adalah seorang Melayu yang telah joint venture dengan Jepun. Bila dengar tentang vision dan sejarah mereka, telah memotivasikan diri aku sendiri. Boleh saja kalau kita nak berjaya kalau kita yakin dan berusaha.
Apa yang best, wayar yang berpuluh-puluh, perlu di susun dan balut dalam masa tidak lebih dari 4 minit. Memang aku respect orang yang buat kerja ni. (Majoriti adalah wanita) Diorang memang cemerlang. Aku sendiri leh katakan tak sanggup nak buat kerja seperti itu.