Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Bazar

Bulan puasa. Cam biasa lah port terbaik adalah Bazar Ramadhan.

Port untuk cari juadah berbuka puasa. Bukan port untuk berbuka puasa pas Azan Asar ataupun Azan zohor ye tapi azan Maghrib.

Dengan bersemangat waja, dengan pakai baju kerja dan berselipar jepun. Aku melangkah ke dalam bazar ramadhan.

Bau-bauan yang enak dan semerbak menusuk jiwa. Bau kuih muih dan juadah, bau peluh para pengunjung dan peniaga serta xlupa juga bau perfume awek awek yang bermekap 10inci datang ke bazar ramadhan.

Toleh kiri lazat, toleh kanan enak. Jalan je ke depan. Memacam ada karipap, cekodok, onde-onde, akok, ikan bakar, itik panggang dan xlupa juga kuih koci. Segar mata tengok kuih muih yang berwarna warni. Meriah kan cam warna pelangi pun ado.

Hampir 30minit masa aku amik untuk meronda keseluruhan bazar. Dan bersama juadah kegemaran di tangan. Kiuh onde-one a.k.a buah melaka 6 biji (RM 1.20) dan 3 biji karipap (RM 1.20).

Alhamdulillah... Berjaya juga aku berjimat cermat ari nie. Esok belom tau.



PSP: Semoga ini bukan Ramadhan terakhir bagi ku. Amin.



Wednesday, August 3, 2011

Checklist Bulan Posa...


SENARAI SEMAK RAMADHAN
Bagi memastikan kesahihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut amat digalakkan :-

Bil.
Amalan
(√)
1.
Berniat untuk berpuasa di malam hari.

2.
Bersahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan  azan    subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana).

3.
Memperbanyakkan Bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

4.
Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

5.
Memperbanyakan doa ketika hampir berbuka

6.
Menyegerakan berbuka puasa selepas mendapat kepastian masuk waktu solat Maghrib.

7.
Berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma   kering) sebagai mengikuti sunnah.

8.
Bersedeqah  dan menyediakan jamuan  berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin.

9.
Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah.

10.
Memperbanyakkan solat sunat di penghujung malam.



 
 
PSP: Selamat Berpuasa Suma.............
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tuesday, August 25, 2009

Puasa dan Kenangan

"Allahuakbar Allahuakbar" sayup terdengar azan berkumandang. Aku laju bangun dari katil aku. Best btol tido di bulan puasa nie.

Aku terus ke bilik air membasuh muka. Maklumlah baru bangun tido. Xkan nak makan dengan air liur basi masih bertempek kan. hahahhaah.....

Dengan konfiden aku terus ke meja makan, membuka tutup saji. Tengok apa yang boleh di makan untuk berbuka puasa. Buka je tutup saji, ternyata hampa. Langsung tiada hidangan. Ku buka pula rice cooker, kosong.

Ape nie??? Xde ape bleh di makan. Xkan semua orang x berbuka kot. Ke diorang da selesai??

"Mak....Mana makanan nak bukak puasa. Da lapar nie???" tanya aku pada mak.

"Bukak posa ape menda nya. Kau xpuasa ek??"

"Puasa la....Tadi dengar azan tadi"

"Ye, memang azan. Tapi azan Asar. Sudah pegi amik air semayang. Semayang. Pastu tolong mak."

"Erk.......Baik mak"

Mati mati aku ingat azan Maghrib. Perut da berkeroncong. Terpaksa la aku bersabar.

Saya sayang ma abah saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...