Tuesday, August 16, 2011

Bazar

Bulan puasa. Cam biasa lah port terbaik adalah Bazar Ramadhan.

Port untuk cari juadah berbuka puasa. Bukan port untuk berbuka puasa pas Azan Asar ataupun Azan zohor ye tapi azan Maghrib.

Dengan bersemangat waja, dengan pakai baju kerja dan berselipar jepun. Aku melangkah ke dalam bazar ramadhan.

Bau-bauan yang enak dan semerbak menusuk jiwa. Bau kuih muih dan juadah, bau peluh para pengunjung dan peniaga serta xlupa juga bau perfume awek awek yang bermekap 10inci datang ke bazar ramadhan.

Toleh kiri lazat, toleh kanan enak. Jalan je ke depan. Memacam ada karipap, cekodok, onde-onde, akok, ikan bakar, itik panggang dan xlupa juga kuih koci. Segar mata tengok kuih muih yang berwarna warni. Meriah kan cam warna pelangi pun ado.

Hampir 30minit masa aku amik untuk meronda keseluruhan bazar. Dan bersama juadah kegemaran di tangan. Kiuh onde-one a.k.a buah melaka 6 biji (RM 1.20) dan 3 biji karipap (RM 1.20).

Alhamdulillah... Berjaya juga aku berjimat cermat ari nie. Esok belom tau.



PSP: Semoga ini bukan Ramadhan terakhir bagi ku. Amin.



9 Pandangan Kekawan:

NM02 said...

ai klu ke bazar, kompem seploh hengget lesap

Unknown said...

NM02
Biasa pun mmg camtu....Tp itu hari telah bejaya kurangkan ongkos...hahhaha

Fazleyatul Aini said...

saya tak paham

ada peniaga jual kuih RM 1 dapat 4 bijik

ada jual RM 1 dapat 3 bijik

yang jual sebijik 40sen paling tak menahan tuh

kat bazar tempat saya ni, sy slalu p bazar cheng. situ fair. ada peniaga jual mahal. ada murah
depends gak. ada 1 pakcik ni, jual murtabak. sekeping RM2.50. murah la kan. tapi aduhmakkk meladung minyaknya. tapi ramai gak beli. rezeki orang kan

Unknown said...

Lya Calours
Tue la pentingnya keikhlasan dalam perniagaan...Buat kuih utk dijual biarla cam kita nak makan...bukan utk bagi makan kucing.

Yuki Yusuf said...

murah nye kuih ko bli...onde2 tu sedapppp

Anonymous said...

apesal aku penah beli dekat bazar buah melaka 5bijik RM2 huh..kaloh tak salah la ehehehe

Pok Li said...

suka Air tauhu

Eye_nee said...

16 days of Ramadhan..Sila percaya..Akk belum pernah jejak kan kaki ke Bazar lagik..

Jimatttt....

bujal X said...

rm2.40 sahaja?

hebak~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...