Showing posts with label moto. Show all posts
Showing posts with label moto. Show all posts

Tuesday, March 2, 2010

Mael

Mael bangga sangat ngan RG Sport yang baru di beli bapanya. Ye la tahun 1999 masa ni Suzuki RG Sport dan Yamaha SS je dok main corner baring dalam lap cup prix Malaysia. Dua moto yang selalu bersaing sengit. Kelajuan dia kira top la dalam kelas dia. Korang jangan nak compare ngan RX-Z, Suzuki Gamma atau Panther. Aku lempang kang tue kelas lain.

Mael memang glamer di skolah kerna datang naik RG dia. Orang lain suma naik basikal je majoriti. Ade gak yang jalan kaki. Tapi paling hebat yang jenis pakai driver la. Nak gi mana je driver bawak janji bayar tambang. Iaitu Bas SKMK. Glamer ni kat Kelantan. Bas Leng Seng atau Bas Selangor atau Metro Bus yang asap itam legam tue ade kat KL je. Kat Kelantan xde Harap Maklum.

Prengg....Prengg.....Bunyi dari jauh suma orang tau Mael datang. Bunyi moto dia memang kuat. Sekampung leh dengar bunyi dia. Mael bawak moto xlaju pun cam siput sedut je. Bunyi je kuat. Nak bawak cam Shahrul Yuzi jangan harap. Mael lesen moto pun xde.

Suatu ketika, aku dok lepak ngan kekawan kat kedai Mek Wok. Port biasa budak skolah aku lepak bila abes kelas. Port baik punye untuk menghitamkan peparu ngan sedut asap rokok sambil makan kopok panas-panas. Memang layan.

Mael datang menayangkan moto RG kebanggaan beliau. Aku dan kutu-kutu lain hangin je. Kitorang ade beskal je. Xde moto. Jealous skit la. Hahahhaahha.

Xsampai lima minit Mael lepak. Abes sebatang rokok. Mael idupkan enjin moto dia.

Preng....Preng.....Prengggggggggg.......Sayut Mael ilang dari mata ngan kelajuan 50km/h.

5minit kemudian Mael datang melintas lagi kat depan sekolah menayang moto nya. Tiba kat bus stop Mael slowkan skit.

Prengg....Preng...Preng....Prenggggggg.........Mael bakar awek kat bus stop tue. Siti, awek idaman Mael ade sama. Siti muka tension je.

5minit kemudian Mael datang lagi.

Prenggg....Prenggg....Preetttt...Preetttt....Sreetttt....Sreetttt....Bunyi da lain macam bunyi moto Mael. Mael usha bawak tengok rupanya ekzos moto dia jatuh da kena tar. Bunyi moto yang dulunya gempak da cam kentut. Bunyinya.

Dengan muka merah Mael terus blah. Malu.....

Semua budak yang tengok gelakkan Mael....Siti hanya tergelak kecil. Comel.



Esok nya

Jumpe je Mael.. Suma buat bunyi Prenggg....Preng....

Mael hanya tertunduk malu. Lepas dari tue suma panggil Mael ngan nama Mael Prenggg.


Thursday, October 29, 2009

Xcdent

Semalam aku balik keje lewat skit. Lepas maghrib baru aku balik. Saje je dok meronggeng ngan bebudak opis nie. Aku 3 orang dok melayang pingpong. Dua-dua kawan aku tue main ping-pong terer giler la tahap olympic. Aku suh gak diorang register untuk masuk team 1Malaysia. Insyaallah nanti diorang register. Aku pulak main ping-pong cam gampang. Main out je. Maklumlah aku menggabungkan skill main guli, lompat tinggi, lompat jauh, galah panjang, congkak, batu selambut dan polis sentri dalam ping-pong. Tu yang jadi camtu. Serius memang aku xreti ketuk bola ping-pong.

Da bab main pingpong abes kat situ.

Dalam perjalanan balik tue. Aku nak balik ampang aku selalu ikut AKLEH. Pegi balik pun aku ikut AKLEH. Semalam aku ikut exit Jalan Kerja Air Lama, turun je kat bawah tu aku tengok ade orang ramai dok berkerumun, rupanya ade keta xcdent bebetol dekat ngan Petronas dan kedai makan tue. Keta tu naik devider, aku xtau la camne leh jadi. Pasal aku xmasuk dekat pun, tengok dari jauh je. Aku tengok ade ambulan datang, mungkin ade yang cedera kot, dan satu kereta peronda dok kawal lalu lintas.

Aku lepak x lama, aku blah dari situ. Lagi pun aku nak ke kedai jap. Aku trus je ke kedai dekat dengan Masjid Kg. Melayu Ampang tue. Beli top up.

Da beli top up aku terus ke motor aku. Hidupkan enjin. Aku tengok xde satu keta pun menghalang aku cross jalan. Baru je pusing. Aku da tengok pesal keta ni semacam je. Agak perlahan. Mungkin dia terlalu berhati2. Nak masuk simpang xmungkin sebab simbang untuk ke kanan da lepas.

Sampai je kat sebelah keta tue, aku tengok kereta tue tetiba nak belok. Ape kes nie. Dammmm... Tergolek aku dan moto aku. Celakak. Aku berpinau da. Aku tengok awek yang drive tue da cam chuak. Da la x bagi signal. Lagi pun situ bukan leh belok. Cam celaka.

Aku tengok keta tue. Dengan selamba dia bergerak untuk belok ke kanan. Dan pijak tayar depan moto aku. Celaka...Menjerit aku. Sambil tanggal helmet. Aku pegang helmet. Nait memang nak hayun helmet kalo minah tue blah camtu je. Sumpah aku sakit ati bila tengok dia pijak tayar moto aku. Moto aku cam bini aku. Dia pijak moto aku cam pijak aku. Tue yang wat aku bebtol amarah.

Dia berenti kat tepi masjid. Aku amik moto aku sorong ke tepi. Check moto aku lebih kurang. ade bengkok ke ape. Minah tue datang kat aku.

'Awak x pape ke?' tanya minah tue

'X kot' jawab aku

'Btol ke ok' tanya minah tue ngan muka bersalah.

'Maaf la saya xnampak awak dari cermin' kata minah tue

'Ok xpe. Awak x bagi signal kan' kata aku. Kalo ikut hati nak je maki pasal situ xleh belok pun. Aku blaja pasal design jalan aku tau la fungsi jalan tue. Tapi sabar. Lagi pun orang da mintak maaf.

'Da bagi da signal tadi' jawab minah tue. Bagi signal ke?? Aku xnampak pun serius. Lagi pun situ xbleh belok. Dia nak U-turn kot. Tapi situ bukan tempat u-turn atau roundabout.

'Bawa gi klinik la' sampuk brader gerai makan kat blakang

'Nak gi klnik ke?' minah tu tanya lagi

'X yah la. Xpape' jawab aku

'Seliuh ke?' tanya brader tue

'Skit la. Tapi ok kot' jawab aku.

'Amik no tepon saya la. 012-2777---. Alia. Kalo ade pape bagitau la' cakap minah tue lagi.

'Awak ok ke.' tanya dia lagi

'Ok. Xpape kot.' jawab aku.

'Sori ye' kata minah tue. Dia pun blah.

Aku dok mengurut tangan kiri aku yang terseliuh dan bini aku yang cam ade kesan skit. Pedih dan sengal gak badan aku.

Balik umah aku check moto. Xde pape sangat. Cuma ade la bengkok skit.

Aku terus tido hati da sakit. Badan dah pedih.

Pagi tadi sampai opis aku buka laptop aku. Damnnn...Ade kesan retak.DVD-Rom pun da x rapat. Siot btol la. Jahanam jugak laptop dan moto kesayangan aku. Pedih btol hati aku...

Perlu ke aku call minah tue dan claim?? Aku bukan jenis amik kesempatan. ok.

Tapi minah tue pun agak kerek gak. Pakai hyudai matrix xsilap aku. Cehh...Pakai keta leh kerek ngan orang pakai moto ke??

Perlu ke aku amik keta aku
Ni bukan pic keta aku. Aku curi dari en.Google. Keta aku camni la rupanya dan warna.

Dan stop merempit untuk berlagak???hurmmm.....Xpatutkan..Aku suke naik moto dari keta. Siyes.

Monday, September 7, 2009

Sirap....

Selama ni aku dok bagi 'beliau' minum sirap je. Hurm...Nampaknya sekarang 'beliau' sudah pandai memilih. Sudah tua agaknya.

Dulu bila aku bagi minum sirap slow je 'beliau' sedut. Pelan je. Gaya-gaya ayu ala-ala perempuan Melayu terakhir je. Hampeh btol.

Lapas kasi minum bukan main lagi, bunyi semacam je. Nak kata ngaum ala-ala rimau pun xjugak. Mungkin gaya-gaya kucing mintak pelempang ada la.

Tapi, Jumaat ari tue, semuanya berubah. Aku tersalah bagi sirap. Aku terbagi sirap yang mahal punye yang mempunyai campuran tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing dan mas cotek serta beberapa herba saintifik yang lain.

Patut aku tengok lain macam je 'beliau' sedutnya. Laju kemain... Kalo dulu ngiau aje sekarang beliau da ngaum. Ish...Sape la ajar beliau??

Aku xpernah ajar semua tue. Semua kerana kesilapan teknikal. Aku sudah lupa yang berwarna merah itu sirap RON97 dan yang berwarna hijau itu sirap RON95.

Aku juga telah terlupa sekarang tahun 2009, bukannya tahun 1989...Yang mana warna merah untuk sirap merah dan warna hijau untuk sirap hijau...Ish...ish....

PSP: Hurmm...Best kan...Minggu depan semua orang Islam akan balik kampung dengan harga minyak yang naik dan harga tiket bas yang da memang naik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...