Monday, September 7, 2009

Sirap....

Selama ni aku dok bagi 'beliau' minum sirap je. Hurm...Nampaknya sekarang 'beliau' sudah pandai memilih. Sudah tua agaknya.

Dulu bila aku bagi minum sirap slow je 'beliau' sedut. Pelan je. Gaya-gaya ayu ala-ala perempuan Melayu terakhir je. Hampeh btol.

Lapas kasi minum bukan main lagi, bunyi semacam je. Nak kata ngaum ala-ala rimau pun xjugak. Mungkin gaya-gaya kucing mintak pelempang ada la.

Tapi, Jumaat ari tue, semuanya berubah. Aku tersalah bagi sirap. Aku terbagi sirap yang mahal punye yang mempunyai campuran tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing dan mas cotek serta beberapa herba saintifik yang lain.

Patut aku tengok lain macam je 'beliau' sedutnya. Laju kemain... Kalo dulu ngiau aje sekarang beliau da ngaum. Ish...Sape la ajar beliau??

Aku xpernah ajar semua tue. Semua kerana kesilapan teknikal. Aku sudah lupa yang berwarna merah itu sirap RON97 dan yang berwarna hijau itu sirap RON95.

Aku juga telah terlupa sekarang tahun 2009, bukannya tahun 1989...Yang mana warna merah untuk sirap merah dan warna hijau untuk sirap hijau...Ish...ish....

PSP: Hurmm...Best kan...Minggu depan semua orang Islam akan balik kampung dengan harga minyak yang naik dan harga tiket bas yang da memang naik..

10 Pandangan Kekawan:

sharamli said...

nak tuka selera jgk gamaknya..

cik selamah kundang said...

psp tuh yg xthn

Solehah said...

haha..cerita sirap lagi..ape la eh dia tambah untuk ubah dari satu grade minyak ke satu grade minyak yg lain..proses pemeringkatan 2 kali ke? tu proses minyak masak la..

Rafeeqa Ruslan said...

Kena save duit ni. Nak beli beca :)

.:fifi:. said...

hm natang pe la weyh???
xphm..
hahahaahaha

Yuki Yusuf said...

owh...kite ske minum sirap cap ros itu...skeeee =)

Catwoman said...

Sedapppppp...ada lagi tak sirap tu??
Bak sini sikit.....

Unknown said...

sharamli
beliau sudah berlagak

cik selamah kundang
ada brani ke??

solehah
yup..sodap beb..oemeringkatan berkali-kali naik harga la..

feeqa ruslan
beca...wah nostalgia tue

bettersingle
aku pun...hahhah

koyuki
tolong bancuh bandung utk i leh??

zyma saad
ada kak...bape kilo nak??

Yuki Yusuf said...

bleh...

jom dtg rmh..

bukak pose

sama2
=)

Unknown said...

Koyuki
ok..umah u kat mana??address??

tetiba ber u u plak...ahaks..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...