'Culture Shock' atau Kejutan Budaya suatu istilah yang telah lama aku dengar dulu. Sejak aku form 1 tahun 1997, istilah ini kerap bermain di telinga aku. Apa yang takutkan adalah bila peralihan persekitaran dan budaya membuatkan kita terpengaruh dan terjebak kedalam benda yang negatif seperti masalah sosial, dadah, arak dan sebagainya.
Dan aku lihat dalam Blog, Facebook dan Twitter dah banyak menyebut isu ini kebelakangan ini sebabkan dek kerana tersebarnya gambar Nur Amalina di internet. Dan yang aku lihat banyak yang tempelak beliau, tapi aku disini aku tak nak sentuh kes beliau. Sebab aku tak kenal sangat beliau dan aku tidak berhak menghakimi beliau.
Kalau boleh hentikan semua ini, cukup menyalahkan orang lain. Cuba kita cari kekhilafan diri kita dan bersama kita perbetulkan diri sendiri. Aku sendiri banyak kurang nya, agama aku masih tunggang langgang, ilmu agama aku masih cetek dan aku juga masih belajar mengenal diri aku. Walaupun aku tidak tahu banyak, apa yang aku tahu aku suka kongsikan di Blog aku ini, agar ilmu aku makin bertambah.
Ramai yang berpesan kepada aku supaya jangan 'Culture Shock' terutama saudara terdekat.Tapi pesanan yang paling utuh adalah dari orang tua aku, iaitu 'Ingat mana asal kamu'. Ya, aku sentiasa ingat asal aku, aku hanya budak kampung dari Kelantan merantau ke ibu kota mencari rezki dan membina diri serta keluarga aku.
Orang tua aku pun takut aku kena culture shock. Tambahan aku lah dalam adik beradik aku je yang belajar jauh skit dari keluarga walaupun tak sampai ke oversea. Aku memang menjauh dari ibu bapa dan keluarga untuk belajar dan bekerja.
Tapi bagi aku culture shock ni kat memana pun boleh kena. Tak kira korang kat bandar ataupun desa. Cuma kat bandar lebih tinggi lagi risiko untuk terpengaruh sebab di bandar semua ada yang baik dan tidak baik. Korang pilih dan tentukan sendiri.
Sebenarnya kes culture shock ni banyak terjadi. Tanpa kita ketahui kemungkinan saudara terdekat kita pun telah terpangaruh benda negatif tapi kita tidak sedar. Sebab ini banyak terjadi. Sesetengah orang tu, di depan kita lain, di belakang kita lain. Sukar untuk kita membaca minda sesorang tapi boleh di analisa melalui gerak geri dan perlakuan sesorang. Tapi lepas analisa jangan terus terkam, siasat dulu.
Isteri aku pun pernah menceritakan kawan belajar dia. Masa mula datang belajar memang bertutup habis dan berbaju kurung. Satu semesta sahaja dah mula bukak tudung dan berpakaian ketat. Dan kemuncak yang jadi, dengar-dengar dah mula terjebak dengan Seks Bebas. Bila nak balik ke kampung dia akan mula berpakaian sopan.Wallahuallam, moga beliau kembali ke pangkal jalan.
Lima cara yang aku gunakan walaupun ke mana aku pergi. (Kalau berguna ambil lah. Kalau tak, tinggalkan saja di sini).
- Ingat asal usul kita -
- Tujuan asal kita - Tujuan kita berhijrah. Jika kita berhijrah ke tempat baru untuk sambung pelajaran kat universiti ke kolej ke, jadi tetapkan tujuan kita adalah untuk BELAJAR pelajaran yang baik saja. Usahlah nak belajar menda bebukan contoh belajar ke kelab malam ke, belajar isap dadah ke.
- Jadi Diri Sendiri - Usah nak jadi orang lain. Kalau engkau adalah Jenab, jadilah Jenab. Usah nak jadi Pamela Anderson.
- Teguhkan Iman Di Dada - Walaupun Ilmu keagamaan aku cetek. Tiang agama aku cuba tegakkan, solat lima waktu di jaga (Kekadang ada jugak aku terlalai)
- Sibukkan Diri - Jenis aku kalau aku x de kerja sangat pun aku akan sibukkan diri ngan main game atau baca buku. Aku cuba elakkan lepak tak tentu hala.
Apa yang penting adalah diri kita sendiri. Apabila kita tahu bezakan baik dan buruk dan berbekalkan pegangan agama. Insyallah kita akan selamat di dunia dan akhirat.
Heykawan: Jalan hidup kita tidak pernah kita ketahui apa yang akan berlaku esok. Jadi jangan terlalu menghukum orang lain. Lebih baik kita perbaiki diri kita terlebih dahulu.
17 Pandangan Kekawan:
"Kalau engkau adalah Jenab, jadilah Jenab. Usah nak jadi Pamela Anderson."
hahahaha! suka ayat ni! terbaikkk :)
hohoho...tipah tertipu dengan u yg dulu tulus, mulus..halussssss..
kalau bukan jenab..nak pamela anderson jgak camne?hahaha
aku dah aktif blog balik...jemput maiiiiiiiiiiiiiii~
Banyak betul tersebar cerita ttg dia..akk sekadar membacanya..takut nak berikan apa pendapat....cuma pada akk...tiada apa yg lebih baik daripd sentiasa mengingatkan diri pada kematian dan siksaan yg maha pedih itu...
betul...sy pun ade baca tapi xnak komen ape2..... azam tahun ni nak kurang bercakap ttg org lain..hihihi
jemput dtg ke majlis 21.1 ye..
salam kenal!
Tahniah kerana tak terpengaruh dgn elemen2 negatif baik semasa Jedi belajar atau setelah berkeluarga ni.
Yang penting, jati diri kena jitu.
masa sekolah dulu aku cuma tau dari segi makna pembelajaran sahaja, namn bila sudah abis spm dan keluar sambung belajar dan masing2 hidup berdikari di tempat orang baru aku mengerti apa maksud tersebut.
suka ayat jenab tuh....adoiiinya pon...baiklah aku nk pg muhasabah diri sat....
bguslah lau tak tpgaruh..amiinn..alhmdulillah..
Masa akak student dulu selalu balik kampung jadi culture tu tak sempat nak tanjatkan akak. Tapi kaaan akak rasa pemilihan kawan2 tu kena betul kalau kita tak nak kena culture shock.
pernah alami CS ni ms mula2 mai kl tp lani da ok da
aku pon seorang budak kampung dari kelantan
salam saudara.. follow saudara semula.. kalau sentiasa ingat diri a.k.a x lupa diri insyaAllah gejala Culture shock ni xkn berlaku.. dtglah kawan yg bagaimana rupa sekali pun.. Kalau kita tahu asal usul dan batas diri insyaAllah selamat...
kalo dah pegi tempat orang, pandai2lah jaga diri,niat pun kena betul jugak, kan?
ada org kata kita yang culture shock sebab tak boleh terima perubahan dia orang..mcm mana tu?
Post a Comment