Kejadian yang berlaku ketika aku di tingkatan 3. Ketika aku masih memakai uniform putih dan seluar hijau tanpa tali leher serta berkasut putih. Kasut aku masa itu adalah kasut kung fu. Sarung aje xde tali pun. Senang di pakai senang di buang dan senang untuk melakukan aksi-aksi kung fu ala-ala Bruce Lee, Jet Li dan Eric Cantona.
Pagi itu kami sedang mengikuti kelas Sains pada waktu ketiga. Abes kelas Sains adalah waktu rehat. Yes, i like that. Makan keropok dengan sirap. Kelas sains cam biasa la dia adakan kat makmal sains yang penuh dengan haiwan-haiwan yang di awet. Macam-macam ada ular, tikus, katak, biawak dan sebagainya.
Buku log yang panjang dan berkulit tebal itu adalah tempat aku menulis segala ilmu yang dicurahkan oleh guru mengunakan tinta berwarna biru. Selain itu, buku itu juga la yang aku gunakan untuk membelasah member.
"Assalamualaikum". Satu suara garau memberi salam yang telah menganggu kekusyukkan aku menelaah ilmu sains pagi tersebut.
"Semua berdiri. Saya nak periksa kasut kamu semua" kata Cikgu Mamat yang bersuara garau dengan muka bengis ala-ala singa kebuluran sambil memegang guni untuk kutip kasut.
"Time camni la dia nak check kasut. Damnn" getus hatiku.
Ternyata target utama dia adalah pelajar lelaki. Dan kasut yang di cari adalah kasut kung fu seperti yang aku pakai. Memang dia jelous ngan bebudak yang pakai kasut kung fu yang amat mahal iaitu RM15 je.
Hasil dari pemeriksaan yang di lakukan. Kasut aku sebelah kanan telah di rampas. Dan beberapa member kelas aku juga telah dirampas sebelah kasutnya. Bangang btol da la amik sebelah je. Amik la dua-dua. Boleh berkaki ayam walau pun aku mempunyai kaki manusia.
Abes kelas sains aku pergi kepada member aku, Abe yang turut dirampas kasut nya.
"Belah mana kena rampas?" tanya aku sambil gelak.
"Belah kiri" jawab Abe.
"Aku punye belah kanan. Xpe la ko amik la aku punye" kata ku lagi sambil menanggalkan kasut kung fu kesayangan aku.
Selamat tinggal kasut ku. Kini aku berkaki ayam. Adoi yai. Dengan berkaki ayam aku berjalan menuju ke asrama dengan langkah yang penuh bersemangat. Sampai saje di asrama aku terus melabuhkan badan aku ke tilam yang empuk dan aku trus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....
Melepas aku untuk makan keropok dan air sirap. Aku ponteng semua kelas lain.
6 Pandangan Kekawan:
eh, naper ek?
Mak Su
Xtau la maksu. Dia dengki kot. Sebab dia xde. Padahal anak dia pun pakai. huhuhuhuh
baek la tu..sggup bek0rban demi kwn
Sharamli
bukan berkorban...sebenarnya nak ponteng kelas...hahahhaha
kenangan..
kadang2 sangat seronok utk dikenang..
hahahah...sy pun pernah berkaki ayam, sbbnya waktu kelas tmbahan sepatutnya pkai kasut, tp kitaorg pkai sandal, cikgu rampas sandal, buang dlm tong sampah....sempat la berkaki ayam beberapa blok sek, dok cari sandal dlm tong...cikgu saja buang dlm tong yg jauh dr kelas time tu....huhuhuhu...tapi kenangan tu manis utk dikenang skrg........
Post a Comment