Aku bukanlah seorang lelaki hebat
Mempunyai wajah tampan seperti ‘Brad Pitt’
Yang mampu mengoda sejuta wanita
Yang menjadi sebutan umat manusia
Aku tiada punyai harta berjuta
Tidak empunya intan berlian bergedung
Tiada punya ‘skyline’ mahupun ‘evolution’
Aku hanya manusia biasa
Aku hanya punya seribu tekad
Tidak akan ku putus asa
Seribu kali ku jatuh
Seribu kali akan ku bangkit
Akan ku daki menara kejayaan ini
Matlamat ku hanya puncaknya
Akan ku tawan puncaknya
Akan ku ukirkan nama ku di atas
Akan ku bantu sesiapa jua
Biar nama ku di kenang kerana jasa
Bukan kerana dosa
Ku ingin menjadi manusia selamat
Selamat di dunia dan akhirat
4 Pandangan Kekawan:
yeahhh lelaki biasa!!! aku tetap menyokong ketrampilan mu... hoyeahhh
mak su
trima kasih mak su
wah~ u wrote this ur own!!! wat an awesome pantun!! keep up the good work^^
Lisa717
Thanks lisa
Post a Comment