Sunday, March 29, 2009

Antara Aku dan Dia

Telah 25 tahun aku menikmati hidup di dunia yang penuh dengan suka dan duka. Aku hanya insan biasa, hanya makhluk Allah swt. Sama seperti kalian semua. Aku tiada istimewanya. Sama sahaja.

Sepanjang hidupku kekadang aku mengeluh dengan kejadian yang menimpa diri ku. Ku merasakan diri ku adalah insan yang malang. Pernah jua aku terasa terlalu kecawa dan merasakan diri ini terlalu tidak berguna dan tidak layak ada di bumi ini. Ku keji diri sendiri. Sedangkan aku adalah manusia yang lengkap anggotanya dan akal yang sihat untuk ku berusaha mencapai cita-cita.

Aku mampu melakukan segalanya. Hanya perlukan usaha, doa dan tawakal. Tetapi aku sentiasa mengeluh mengenangkan nasib diri ini. Sedangkan aku tau Allah swt tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri berusaha mengubah Nya. (Kalo salah harap maaf aku bukan pandai agama. Dan tolong betulkan.)

Bila dikenangkan, aku sebenarnya tergolong dalam orang-orang yang bertuah. Aku sepatutnya bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan bukan hanya mengeluh kerana sedikit ujian yang menimpa untuk meguji keimanan diri ini. Walhal, sebenarnya masih ramai insan diluar sana yang terpaksa menempuhi hidup dengan penuh keperitan dan dugaan. Tapi mereka selalu bersyukur dengan apa yang ada. Kekadang mereka terpaksa meredah hutan untuk memdapatkan sesuap nasi. Kekadang mereka terpaksa berlapar kerana tiada apa untuk dinikmati. Tapi mereka sentiasa berusaha tiada kenal erti putus asa dan jemu.

Tapi aku.....



Bila di fikirkan balik aku merasakan aku ini tergolong pada insan yang tidak bersyukur pada segala nikmat yang diberikan Allah. Ya Allah ampunilah segala dosa hamba mu yang hina ini.


Saturday, March 28, 2009

Cakap senang buat tengok

Ape ko ingat aku dalam opis keje just untuk menjawab ape yang korang wat tanpa bagitau aku....Menjawab menda yang memeningkan pala aku...Aku tau korang nak cepat. Tapi xkan korang xtau step keje.

Skang bila da buat korang nak suh aku counting dengan consultant plak ek????Pala hotak ko. Mana ada orang counting pakai air liur. Kompeni nak bayar gaji pun susah ko nak suh aku counting. Bukan kata nak hulur seratus dua nak belanja makan pari celup tepung pun aku fikir 500 kali. Ko cakap senang. Suh wat camtu camni.

Hampeh btol.....Bila la aku nak dapat keje lain???Da cukup dengan segala penipuan dunia ini....

Empat Pekara

Telah bersabda Nabi Muhamad SAW yang maksudnya:

" Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.

Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...