Sepanjang hidupku kekadang aku mengeluh dengan kejadian yang menimpa diri ku. Ku merasakan diri ku adalah insan yang malang. Pernah jua aku terasa terlalu kecawa dan merasakan diri ini terlalu tidak berguna dan tidak layak ada di bumi ini. Ku keji diri sendiri. Sedangkan aku adalah manusia yang lengkap anggotanya dan akal yang sihat untuk ku berusaha mencapai cita-cita.
Aku mampu melakukan segalanya. Hanya perlukan usaha, doa dan tawakal. Tetapi aku sentiasa mengeluh mengenangkan nasib diri ini. Sedangkan aku tau Allah swt tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri berusaha mengubah Nya. (Kalo salah harap maaf aku bukan pandai agama. Dan tolong betulkan.)
Bila dikenangkan, aku sebenarnya tergolong dalam orang-orang yang bertuah. Aku sepatutnya bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan bukan hanya mengeluh kerana sedikit ujian yang menimpa untuk meguji keimanan diri ini. Walhal, sebenarnya masih ramai insan diluar sana yang terpaksa menempuhi hidup dengan penuh keperitan dan dugaan. Tapi mereka selalu bersyukur dengan apa yang ada. Kekadang mereka terpaksa meredah hutan untuk memdapatkan sesuap nasi. Kekadang mereka terpaksa berlapar kerana tiada apa untuk dinikmati. Tapi mereka sentiasa berusaha tiada kenal erti putus asa dan jemu.
Tapi aku.....
Bila di fikirkan balik aku merasakan aku ini tergolong pada insan yang tidak bersyukur pada segala nikmat yang diberikan Allah. Ya Allah ampunilah segala dosa hamba mu yang hina ini.
0 Pandangan Kekawan:
Post a Comment