Showing posts with label wayang. Show all posts
Showing posts with label wayang. Show all posts

Friday, March 16, 2012

My Way

 
SINOPSIS:

Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu. 
 
 
 
 




 
  Will be in cinema on April 2012

Monday, January 4, 2010

Aku nak seranah....Boleh???

Serius aku nak seranah. Kalo bleh nak je aku kasi pelempang. Boleh???Xpun penyepak kidal aku pun ok gak kan....

Semalam aku temankan Si Dia gi tengok wayang. Si Dia nak tengok Avatar. Ok je. Ingat nak tengok Avatar 3D tapi da full. Apakan daya nak tukar cite Sherlock Holmes pun full juak. Last-last tengok la Avatar. Aku tengok buat kali ke-2. Cuma Si Dia belum tengok. So temankan la jua.

Aku masuk da lambat. Wayang memang full. Memang cite ni dapat sambutan hangat. Aku dok row ke dua last.

3minit wayang bermula, aku tengok minah depan aku tertoleh-toleh ke belakang. Aku xpedulik. Mungking cari kawan dia kot.

10minit wayang bermula. Mina ni toleh lagi. Kali nie dia cakap
'Jangan tendang kerusi bleh x?'

Aku da hangin. Nak sound balik dan gaduh bukan dia dalam wayang. Sial gila minah nie. Xpenah tengok wayang ke??Ke wayang tue bapak dia punye??

Seb baik Si Dia suh aku sabar. Ikut aku memang nak kasi je 'Tendangan Gerudi' lelaju je kat kerusi minah sial tue.

Wayang tempat awam ok. Kalo terasa kaki kat belakang kerusi normal la. Pasal sepanjang aku dok tengok wayang kat memana pun aku tak penah tak rasa tapak kaki kat belakang kerusi aku.

Kalo minah tue ada baca blog nie. Sila amik perhatian. Suh bapak kau buat wayang untuk kau sorang. X pun gi masuk GOLD CLASS. Jangan tengok yang kelas bawahan punye yang untuk orang cam aku.

PSP : Aku bukan jenis penyabar orangnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...