Showing posts with label takde akal. Show all posts
Showing posts with label takde akal. Show all posts

Friday, February 3, 2012

Tindik Telinga : Stail ke??

Suatu malam aku keluar dengan wife aku ke kedai mamak, area Desa Aman, Pantai Dalam. Aku masuk dalam kedai untuk order makanan yang hendak dibungkus sementara wife aku tunggu dekat motor sambil melayan Hanphone Beri-Beri Hitam dia.


Dalam tengah wife aku syok dok layan Hanphone dia, lalu la dua orang budak lelaki dalam lingkungan belasan tahun. Aku agak dalam 15-16 tahun. Wife aku adalah terdengar dialog mereka berbunyi :

Budak A : Stail tak aku?? Tindik telinga sebelah.
Budak B : Stail la wei. Jeles aku.


Bila aku datang kat moto ngan makanan yang dah di bungkus. Wife aku cerita kat aku:

Wife : Budak dua orang tu sembang, dia kata stail tindik telinga. (Sambil menunjukkan aku budak dua orang tu)
Aku : Stail la sangat, bangang.


Korang rasa stail ke budak lelaki tindik telinga sebelah???? Aku rasa cam budak bangang lagi tolol adalah. Apa yang aku sedih dan kecewa sikit budak dua orang tu adalah budak Melayu dan aku rasa mereka adalah Islam.

Kalau lah ma abah aku tengok aku yang berumur 28 tahun ni tindik telinga, aku rasa mahu ma abah aku potong telinga aku. Mungkin juga ma abah aku kolot, tak seperti keluarga budak yang dua orang tu.

Setahu aku lagi, Tindik telinga Haram dalam Islam bagi lelaki kerana lelaki adalah haram untuk menyerupai perempuan. (Kalau aku salah silalah betulkan)

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...