Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

Friday, February 17, 2012

Berpesan-pesan

 Petikan dari emel seorang kawan.


Panduan ini dikirim oleh rakan-rakan dan saya sekadar ingin berkongsi dengan teman-teman sekelian. Semuga ianya memberi kemanfaatan pada kita semua……amiiin
Dikatakan :-
۞    Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞        Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞        Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞        Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞        Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞        Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
۞        Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞        Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan mu nafi q.
۞        Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞        Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus bertempiaran.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

Wednesday, April 14, 2010

Peringatan




Ni print screen pekeliling yang di keluarkan oleh Petronas (aku dapat dari emel.). Dalam tu ada menyatakan bahawa ada Sindiket yang memeberi barang percuma di Stesen Petronas seperti flip-flop, key-chain, patung kecil dan sebagainya. Didapati dalam barangan tersebut terdapat alat pengesan yang mengesan pergerakan dan lokasi rumah dengan signal yang dipancarkan dari barang yang diberikan sebelum melakukan aktiviti jenayah. Waktu operasi sindiket adalah rawak.



PSP: Hanya peringatan. Kebenaran aku x dapat pastikan tapi Lebih baik beringat sebelum kena.

Tuesday, December 29, 2009

Beware

UPDATE.........
Ni Bukan Pengalaman aku. Ni emel dari Abang Echam@Webmaster
Dan aku kogsikan agar menjadi peringatan pada semua.
Maafkan aku...atas kesilapan teknikal.

----------------------------------------------------


Semalam aku isi minyak kat Esso Sri Damansara kat area umah aku. Dalam dok mengepam minyak tu datanglah sorang lelaki tanyer aku. Dia nak minta duit ngan aku sebab dh takde duit nak makan. Aku cakap ngan dia aku mane ade duit. Dalam dok sembang-sembang tu dia kuarkan henpon dia. Dia cakap dia nak jual henpon dia kat aku. Yang penting dia nak aku bagi dia duit sbb nak buat belanja. Lelaki ni cakap melayu agak kurang fasih. Aku ajak dia cakap bahasa inggeris pun lagi dia tak paham. So aku layanlah dia dalam bahasa melayu. Aku tanyer dia asal mane? Dia cakap Taiwan. Masa ni aku dah tau dia tipu aku. Tatu penuh kat tangan lagi nak cakap orang Taiwan. Aku syak mamat ni orang Sabah atau Sarawak. Dia tunjukkan henpon dia kat aku. NOKIA EXPRESS MUSIC. Dia nak tolak kat aku RM500. Aku cakap aku takde cash banyak tu. Pastu dia minta aku bayar je RM300 sbb dia mmg perlukan duit sgt2. Lepas selesai isi minyak aku park kete aku kat tepi then aku ambik tepon kat tangan dia. Aku masukkan sim card aku then try buat call. Henpon ni ternyata ok dn berfungsi dengan sebaiknya.

Dalam dok fikir tu timbul rase 'kesian' kat dalam hati aku. Niat hati aku nak tolong mamat ni. Sblum aku bagi duit kat dia, aku terperasan yang dia ambik tepon tu kat tangan aku dan pulangkan semula kad SIM aku. Lepas pada tu dia campakkan henpon tersebut ke tempat duduk pemandu kete aku. Lepas aku bagi dia duit, mamat ni terus blah tapi yang jadi kemuskilan pada aku dia nampak tergesa-gesa dan satu kemusykilan paling besar dalam benak aku lepas je dapat duit dia pegi ke tepi dinding esso tu dan mengintai aku pergi dari situ. Aku nampak dia buat camtu bila aku pandang dr cermin pandang belakang kete aku. Hati aku jadi tak best sekejap. Terus aku berhenti kat tepi jalan dan test henpon tersebut.

Bila aku pegang je henpon tu aku dah tau, AKU KENA TIPU.... Henpon ni digunakan hanya untuk DISPLAY sahaja kat dalam cermin dan tak boleh berfungsi pun. Aku patah balik cari mamat tu tapi dia dah takde. So semalam aku memang aku kena tipu bulat-bulat ngan mamat tu. Mungkin semalam lepas aku blah dari Esso tu, dia bersorak keriangan kerana berjaya mendapatkan RM300 atas sebab KEBAIKAN aku yang mudah kesian kat orang. Peristiwa semalam tu bagi aku pengajaran. Lepas ni aku janji, kalaulah datang pada aku orang merangkak sekalipun yang cakap dia takde duit jangan harap aku bagi seposen pun kat dia. Dunia harini dah tak boleh nak percaya itu semua. Penuh tipu daya.

Pada semua yang membaca tulisan aku ni harap korang lebih berhati-hati bila berada di hentian rehat dan stesen minyak yang mempunyai kemudahan ATM. Setan-setan camni sentiasa berkeliaran untuk kenakan kita. Aku percaya satu hari nanti mamat ni akan kantoi gak. Cuma masanya belum tentu bila.

Malam tadi aku ada sembang-sembang ngan Pegawai penyiasat Jenayah Perdagangan IPD PJ. Dia tanyer aku nape boleh jadi camni. Aku pun tak mampu nak jawab apa-apa. Niat aku nak tolong orang tapi aku lupa yang dengan kebaikan tersebut aku akan rugi. Dia gelak je. Emmm.. sbnarnyer kejadian ni dah banyak berlaku dan sebelum-sebelum ni orang Sabah yang banyak wat keje ni. Semalam pegi jugak cari mamat ni tapi tak jumpa plak. Dah lari lah tu. Memang takde rezeki akulah RM300 tu. Redha jelah dgn semua tu. Kat bawah ni aku tunjukkan gambar henpon tersebut.






PSP: Kredit wat abg Echam@Webmaster. Ni aku dapat dari emel beliau. Terima kasih bang

Monday, October 5, 2009

Renungan

PESANAN Imam Ghazali:

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu
janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan
yang sesuai dengan ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf:
179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak

mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah
SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah
MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati
dan melukai perasaan saudaranya sendiri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...