Pada malam tu, malam Jumaat keliwoon (Jumaat keliwoon tue ape??). Yang aku tahu malam Jumaat adalah malam yang sunattt......................Baca yasin. Bukan yang satu lagi.
Malam tu lepas berpoya-poya sambil menikmati makan malam. Masa ni xreti lagi berpoco-poco. Aku ngan anep menuju ke Kolej Keris Mas. Dengan menaiki moto Yamaha SS2, yang di pandu oleh mat anep ala-ala shahrul yuzi dan di bonceng oleh aku yang gedabak lagi besar dari dia.
Niat nye nak jumpe ngan pian. Nak amik nota utk ape ntah. Tapi bukan nota untuk menurun no ekor atau nota untuk masak megi tom yam ye. Da lepas setel suma urusan kami berkeputusan nak terus balik ke Kolej Dato Onn. Di mana tempat kami merempat.
Jam da menunjukkan hampir 12 tgh malam. Oleh kerna nak cepat kami memilih untuk melalui jalan depan dengan Dewan Gemilang. Anep bawa moto cam biasa. Tapi kali ni slow skit. Bunyi moto je kuat memecah kesunyian malam.
Sampai kat simpang menuju ke Kolej Ibu Zain. Ada satu bumper. Aku dok blakang rilek-rilek je. Sambil korek idung.
Prengg..........Tetiba Anep memecut. Jalan da la menurun bukit dan berbumper. Aku terkejut bila si Anep memecut di situ. Aku hampur terjatuh. Moto melayang time anep pecut. Naseb baik kami x tergolek.
'Wei....Pesal kau pulas minyak?? Kelam kabut je'
'Nanti aku cite'
Sampai di Kolej Dato Onn. Aku yang sedari tadi xpuas hati. Langsung bertanya.
'Pesal tadi. Kau pun lain je aku tengok??'
'Aku nampak tadi. Dia melintas depan aku'
'Ape dia?? Aku xnampak pun??'
'Btol aku xtipu. Seram aku'
Tetiba aku pun meremang bulu roma.
Jalan tu memang agak keras. Ye la. Jalan tu jalan tar kot. hhahahhahaah
Tapi memang ramai student kena kat situ.