Pakcik : Wah cantik kolam nie.
Makcik : Aaah...la.
Sepupu : Hijau sungguh.
Pakcik : Kawasan flet camni pun diorang wat kolam kan.
Aku hanya mengelamun. Dengar je ape diorang borak.
Makcik : Tapi napa diorang pagar. Kolam nie bleh mandi ke, Di??
Aku : Ehh.....Xleh. Ni kolam air taik.
Semua terdiam dengar jawapan aku.
***********************
Korang nak tengok camne rupa kolam tue.
Nie la dia antara rupa kolam tue. Yang aku panggil kolam taik. Atau nama btol dia Wastewater Treatment Plant @ Sewerage Treatment Plant.Tujuan kolam nie adalah untuk merawat air-air sisa bagi bersih sebelum di bebas ke dalam longkang-longkang atau sungai-sungai. Air yang masuk kedalam plant ni biasanya berwarna hitam dan berbau. Tapi air yang dibebaskan adalah sangat jernih dan tidak berbau.
Peringkat dia ada la beberapa peringkat rawatan tapi aku xberapa ingat sangat la kalo nak cite kat sini. Sila tanya yang lebih arif. Tapi hasil akhir dia ada dalam dua bentuk iaitu air (air yang jernih tue) dan pepejal. Yang pepejal ni bleh la kalo mau di amik wat baja. Pasti sangat berkhasiat.
Setahu aku skang nie, PBT kemukakan syarat dimana. Setiap kawasan perumahan yang ingin di bangunkan perlu lengkap ngan plant nie. Kalo x, diorang x bagi CF(kebenaran menduduki).
Sekian.