Showing posts with label indah. Show all posts
Showing posts with label indah. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

Korang

Aku mula berblog pada Julai 2007. Aku berblog bukan pengaruh sesape pun. Aku pun xpernah pun kenal blogger-blogger lain masa tue. Masa tue memang aku xde tujuan berblog. Blog pun satu entri sebulan belum tentu. Masih kuat main friendster je. Skang nie friendster pun da bersawan.

Facebook?? Aku xreti sangat main fesbuk. Sumpah. Aku register fesbuk pun semata2 aku nak main game poker. Masa keje kat Terengganu, bebudak aku suma main poker. Mafia war, farmville, fishville atau yang sama waktu dengan nya aku xpernah try.

Fesbuk pun aku bukak sebulan sekali je. Kekadang log in semata2 nak ping blog kat gengblogger je. Tu pun kalo aku rajin.

Aku pun xsangka aku bleh bebtol tersangkut pada dunia blog nie. Memang best dunia blog nie. Dari zero to blogger. So great.

Serius aku da jatuh hati pada dunia blog. Dan menjadi hobi utama aku berblog. Dan yang indah dunia blog ni ialah berkenalan ngan korang semua. Walaupun xpenah aku kenal paras rupa kamu tapi tulisan mu menjadi pujaan aku. Aku baca aku gelak aku seronok dan aku komen. Korang memang menceriakan hidup aku.

Dengan ada korang suma aku rasa aku mempunyai ramai kawan. Walhal xpernah kenal pun. Nama penuh pun xtau. heheheh. Ini lah istemewa dunia blog yang menawan hati aku.

Dari korang aku dapat kawan. Aku dapat infomasi. Aku dapat hiburan. Aku dapat segala. Korang memang best.

Aku xpernah join memana gath setakat nie. Insyaallah akan aku lakukan sekiranya aku mampu. heheheh.. Bukan sombong tapi mungkin aku blom bersedia untuk berhadapan ngan kalian. Karekter aku dalam blog dan luar mungkin berbeza. Apepun insyaallah kita mungkin akan bersua andai di izin tuhan.

Papepun. Trima Kasih bebanyak wat KORANG semua yang sudi bertandang ke sini. Dan sudi menemani blog sepi ini.

KORANG MEMANG BEST.


PSP: Terima Kasih sahabat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...