Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Monday, December 28, 2009

Avatar

Buah tangan James Cameroon, dulunya penah glamer ngan Titanic. Titanic sampai skang aku x tengok lagi cite nie. Lama btol. Ape yang aku tau cite nie fames ngan 'U jump, I jump'. Tapi bagi aku 'U jump, I dont want. Dont worry i will find another one'. hahahhahahaah

Filem Avatar ni aku tengok ari Sabtu lepas tayangan midnight (pagi Ahad le). Filem ni memang lama gile. 2jam 30 minit.

Cite pasal seorang Marin, Jake Sully yang menjadi bidang terjun untuk menggantikan kembar beliau seorang saintis untuk mengemudi Avatar. Tujuan Avatar ni di buat untuk kaji gaya hidup kaum ape ntah yang duduk kat Pandora. Muka cam rimau pun ada. Ekekeke....

Jake Sully nie sebenarnya OKU. Kaki beliau lumpuh. Bila jadi Avatar ni dia dapat badan yang sempurna. Boleh berlari dan berjalan.

Jake berjaya mendekati kaum tersebut dan cuba berbincang untuk mengerahkan kaum tersebut berpindah dari hometree sebab diorang nak kawasan tersebut yang mempunyai sejenis mineral yang amat berharga. Tugas jake pada asalnya untuk mengelakkan kekerasan digunakan. Tapi bila Jake berada dalam kaum tersebut dia da jatuh cinta pada suasana, mesyarakat dan awek (heroin cite nie).

At last, Jake la jadi general kaum tue utk lawan balik pasukan tentera yang menyerang hometree. Biasala hero kan. Nak tau lagi tengok la sendiri.

Cite ni memang menggambarkan Amerika yang sebenar, akan menggunakan apa saja cara untuk mendapatkan apa yang diorang mahu. Cam yang jadi kat Iraq. Nak dapatkan monopoli minyak diorang serang negara tersebut. Sama la yang digambarkan dalam cite Avatar nie. Nak dapatkan mineral tue diorang serang rumah kaum tersebut.

  • CGI dan 3d dalam cite nie memang gempak habes.
  • Gambaran alam sekitar di planet Pandora memang gempak dengan binatang-binatang dan pokok-pokok dia. Warna-warna yang digunakan gak menarik.
  • Motif sayangi alam sekitar ada gak. Keseimbangan alam perlu di jaga.Setiap makhluk di planet adalah saling berhubungan. Ekologi.

PSP : Persoalan yang timbul antara aku dan kekawan. Camne diorang melakukan hubungan seksual?? Adakah menggunakan sel kat rambut yang cam USB tue yang leh di cucuk di mana jua. ekekkekee

Tuesday, December 15, 2009

The Tournament

Semalam aku tengok movie. Bukan kate TGV atau GSC mahupun MBO. Bukan di Satu Utama, Sunway Tiga Segi atau Tengah Lembah. Hanya menonton di TV kecik yang bersaiz 21 inci jenama Meck. Bukan Sony, bukan Aiwa. Aku pikir Meck nie jenama China kot. Xpon Taiwan.

TV ni pon bukan la LCD yang superb slim, yang ade HD suma tue. Bukan yang iklan guna Kaka dok timang bola tue. Bukan semua tue. Ni tv original punye. Yang muncik perutnya itu. Yang boroi di depan dan tonggek di belakang. Itu la tv yang ku gunakan.

Berbalik kepada ceritanya. Aku tengok cite The Tournament. Sumpah aku cakap, DVD yang aku guna adalah DVD pirate. Bukan original ok. Aku xsokong industri cetak rompak ni suma. Aku menci lanun mahupun Ah Long. Tapi apekan daya. Nak beli DVD original xmampu. Kalo original harganya RM10 akan ku beli tapi kalo da RM 100 memang x la. Ape jadah beli ori2 suma tue. Tengok sekali campak tepi. Tapi DVD ni bukan aku punye. Kawan aku beli. Da lama aku xbeli DVD ok. Download je. hehehehhehe

Berbalik pada cite nie. Citenya pasal satu pertandingan yang di anjurkan oleh satu sendiket. Pentandingan antara Assasins-assasins dari seluruh dunia. (Tapi wakil Malaysia xde ok.) Cite dia pasal bunuh-bunuh, tembak-tembak je. Memang 18SG.

Ade 30 perserta semuanya. Dan dalam masa 24jam diorang perlu membunuh sesama sendiri. Kira Last Man Standing la. Pemenang akan terima hadiah wang tunai. Bape ntah. Setiap peserta dilengkapkan dengan satu pepijat untuk kesan kedudukan diorang. Dan pepijat ni jugak ade bom. (cam biasa la cite camni. Tengok the condenmed lakonan Stone Cold)

Jika dalam 24jam xde pemenang juga. Semua peserta akan mati. Pepijat nie akan meletup. Pergerakan peserta di kesan melalui CCTV. Manakala peserta dilengkapkan dengan device untuk kesan kedudukan lawan diorang.

Nak tau lagi tengok sendiri.

PSP : Aku bosan....

Friday, December 11, 2009

Gagak


Crows Zero cite yang di adaptasi dari manga. Aku tengah addict cite nie. Aku first tgk Crows Zero masa aku keje kat Johor dlu. Tahun 2007. Best citenya.

Cite pasal sekolah ntahapaapntah, Suruzan. Dalam cite ni xde pun aku tengok diorang blaja. Gaduh je kejenye. ekekeke...Tapi cite memang best. Bak kata member aku cite bergenre 'gangster komedi'. (Suke ati je membe aku nie)

Cite ni bermula ngan Genji (Shun Ogiri) yang masuk ke Suruzan untuk jadi leader Suruzan. Tapi untuk jadi leader tue dia kena kalahkan dulu beberapa team-team dalam sekolah dia. Banyak babak fight ala-ala samseng jalanan je tapi lawak stail Jepun pun banyak gak. Bagi aku cite nie memang layan gile.

Walaupun cite pasal gaduh-gaduh je. Ada banyak moral value dalam cite nie
  • Semangat setia kawan yang tinggi. Tidak kira susah atau senang
  • Bersatu untuk mencapai kejayaan dan mempertahankan maruah
  • Tidak putus asa untuk berjaya
  • Semangat juang yang tinggi
Selebihnya korang tengok la sendiri cite nie. Ok.

Xyah beli DVD pirate download je. ekekekek
Crows Zero
Crows Zero 2

PSP: Aku tunggu Crows Zero 3 plak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...