Showing posts with label dia. Show all posts
Showing posts with label dia. Show all posts

Wednesday, October 7, 2009

Tersepit

Tersepit. Serba salah. Dan penuh rasa bersalah itu lah keadaan aku sekarang. 'Di luah mati emak, di telan mati bapak' tue kata pepatah. Aku skang nie 'Di luah aku mati, di telan pun aku mati'.

Pening. Kalo ikutkan hati dan perasaan aku memang aku xmahu teruskan semua ni. Cukup la setakat ni. Semuanya da tiada lagi bagi aku. Cuma perasaan kesian sahaja wujud dalam hati ini bukan lagi cinta dan sayang.

Perihalnya skang nie...Biar lah aku jelaskan secara ringkas.

Sebenarnya aku sudah bertunang, dan merancang berkahwin next year. Setelah banyak yang di lalui dan kurang persefahaman, perasaan cinta dan kasih aku pada dia da makin tawar. Yang ada cuma kesian.

Memang kami sering bergaduh. Tiap kali berbincang isu sama akan timbul. Dan gaduh jua.

Aku bukan apa. Aku kalo bleh nak berkahwin sekali je seumur hayat aku. Walaupun lelaki bleh kawin 4. Dan aku xnak perkahwinan berakhir dengan penceraian.

Banyak sudah aku lihat di sekeliling aku. Membuatkan keraguan di hati menebal.

Pening aku memikirkan semua ini. Ramai yang menduga kerna wujud orang ke-3. Walhal tidak sama sekali.

Sekarang aku rasa lebih selesa bersendirian. Lebih selesa bersorangan dari berpasangan.


PSP: Maafkan aku wahai insan disekeliling ku. Dan terima kasih kerna ada untuk ku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...