Sejak Julai 2008, aku mula dok main blog nie. Sekarang dah setahun lebih aku dok tulis menda alah nie.
Pada mula memang aku main menda ni untuk memain, saje gatal tangan nak menulis walaupun aku tau aku bukan sehebat sasterawan negara A. Samad Said, bukan sehebat penulis novel triller no.1 Malaysia - Ramli Awang Murshed tapi naluri aku tetap nak menulis.
Masa memula menulis memang aku x tulis pun, just copy paste dari emel yang aku rasa menarik. Skang pun ade lagi yang aku copy paste dari emel. Dulu aku tulis sebab aku bosan asyik dok main friendster je. Masa tu aku xkenal lagi 'buku muka'.
Memula aku namakan blog nie Fly's blog. Sebab nya aku suka lalat. ehhh...Silap. Aku selalu berangan yang aku boleh terbang. Terbang bebas tanpa halangan. Menentukan arah tujuku sendiri menetapkan matlamat yang satu.
Kemudian xsilap aku akhir tahun 2008, semasa aku bekerja di Terengganu. Aku mula tulis apa yang aku rasa dan yang aku tengok. Baru nak ada perasaan time nie. hehehehe...Baru nak serius nak menulis blog.
Nama blog pun aku tukarkan 'Biar Kejam Jangan Keji'. Kata-kata yang keluar dari mulut aku semasa dok kutuk-mengetuk ngan kawan. Kutuk-mengutuk tapi hati gembira. Mulut jahat biasa la.
'Biar Kejam Jangan Keji' - Kejam bukan lah bermaksud bunuh orang, rogol, ragut atau samseng jalanan. Kejam yang aku maksudkan adalah jadi diri sendiri yang sebenarnya walaupun kelihatan kejam di mata orang lain. Xyah nak berlakon baik bagi aku tu sangat la keji. Senang cite xyah hipokrit.
'Biar Kejam Jangan Keji' memang bawa banyak makna dalam hidupku. Di sini segalanya bagi aku. Disini tempat aku melepaskan geram, berkongsi suka duka nestapa. Di sini jua lah aku kenal korang semua.
Sape korang tue??? Korang tue adalah kau, kamu dan kalian yang xpernah aku kenal rupa wajah, bentuk bodi, warna kulit, kaler rambut, saiz kasut, saiz baju, saiz seluar......Tapi disini telah menghubungkan kita. Atas dasar satu tulisan yang menjadi perhubungan dalam dunia maya ini.
Terima kasih atas sokongan kalian.
Thanks....