Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Tahniah Buat Semua

Tahniah wat semua pemenang. Semua yang telah berjaya. Walaupun tidak berjaya teruskan usaha, suatu masa pasti akan datang jayanya.

Tahniah buat Hafiz, M.Nasir dan Buddhi Hikayat yang telah menang Juara Lagu ke-26. Hafiz hebat dalam membuat persembahan dan kawalan vokalnya. Tak hairan dua tahun berturut-turut memenangi Vokal Terbaik. Sifu M.Nasir dengan alunan lagu yang cukup hebat dan bertenaga ditambah dengan lirik puitis dari Buddhi Hikayat.

Trio tiga suara Ning, Jac dan Shiela Amzah memekaukan semua vokal mereka bertiga yang hebat. Persembahan yang bersahaja tapi berjaya menarik perhatian dengan vokal dan lagu serta lirik yang hebat. Trio mendapat tempat ke-2.

Faizal Tahir macam biasa dalam semua lagu dan persembahan pasti ada tenaga. Bagi aku pujian buat beliau yang tampil dengan gaya yang tersendiri. Menggunakan konsep api yang bersesuaian dengan lagu Karma.

Bagi aku keseluruhan persembahan AJL 26 memang sangat hebat dan mantap. Antara persembahan yang aku suka adalah persembhan opening oleh Jamal, Awie dan Shiela Majid dan penutup oleh Black, Hazama dan Lan. Bagi aku semua peserta juara lagu kali ini memang hebat. Walaupun tiada aksi, berenang dalam tangki air, aksi satu sekolah menyanyi beramai ramai, aksi penyanyi di usung dengan tanjak dan lain-lain lagi. Persembahan tetap hebat dengan vokal penyanyi hebat yang masuk ke AJL 26.

Aku paling suka persembahan Monoloq yang bersahaja dengan tampilkan pasukan pancaragam.(Walaupun aku xreti main pancaragam, memang persembahan pancaragam memang sentiasa aku nanti. I like pancaragam).



-----------------------------------------------

Tahniah juga buat pasukan kegemaran aku Aresnal yang telah menang 3-2 keatas Aston Villa dalam FA Cup. Dan juga pasukan The Red Warrior yang telah menewaskan Kuala Lumpur 3-0. Penyokong Man Utd pasti kecewa dengan persembahan hebat Liverpool yang menyebabkan mereka kalah 1-2. Dirk Kuyt memang seorang winger/penyerang yang hebat.


Thursday, January 14, 2010

Fenandes Bida West Ham

Tony Fenandes (boss Air Asia) membida untuk pengambilalihan club EPL, West Ham United. West Ham sekarang di bawah bimbingan bekas bintang Chelsea, Gianfranco Zola.

Turut membida adalah pemilik Brimigham City.

Untuk baca berita penuh klik SINI.




PSP: Nanti leh la tengok player Malaysia main kat West Ham kalo bidaan berjaya dan kalo player Malaysia perform. Mungkin ini satu langkah bijak dalam perniagaan dan pekembangan sukan bola sepak. Serta menaikkan nama Malaysia.

Saturday, April 25, 2009

Bola dan Islam


Federic Kanoute adalah seorang pemain bola yang menerima anugerah Pemain Bola Terbaik Afrika pada Tahun 2007. Pemain Sevilla ini berasal dari Mali dan di lahirkan di Sainte-Foy-lès-Lyon, Rhône, Perancis. Beliau di lahirkan 2 September 1977 dan merupakan seorang muslim.

Apa yang menarik tentang beliau ialah beliau telah dilayangkan kad kuning dan berkemungkinan didenda sebanyak US$4,000 oleh Spanish Football Federation (RFEF) kerana aksi beliau selepas menjaringkan gol ketika menentang Deportivo La Coruna dalam Copa del Rey. Sevilla menang 2-1 dalam perlawanan tersebut. Aksi beliau adalah:

Beliau menayangkan baju baju hitam yang bertulisan Palestin. Tindakan beliau ini adalah sebagai tanda menentang kekejaman Zionis yang menyerang Gaza sehingga menyebabkan kehilangan lebih 700 nyawa.

Salute la pada beliau yang ikhlas menyokong perjuangan Palestin. Dan Menentang kekejaman Zionis walhal beliau tahu akibatnya.

Aku respek beliau sebab beliau muslim dan memperjuangkan Islam. Dan satu lagi sebab date besday dia sama ngan aku.

Peringatan : Kelate mesti menang malam ni. Bawa pulang Piala FA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...