Showing posts with label atitud. Show all posts
Showing posts with label atitud. Show all posts

Monday, December 19, 2011

Orang Kita : Kita Saling Membunuh


Ramai masyarakat diluara sana suka membunuh sekarang. Memang kebanyakan kelihatan baik dan menarik perwatakannya. Tapi tanpa kita ketahui meraka adalah pembunuh. Mungkin bukan membunuh secara zahir tapi membunuh secara moral dan batin nya.

Hal ini sudah biasa dalam masyarakat kita, terutamanya orang Melayu kita. P.H.D. iaitu Perasaan Hasad Dengki. Kebanyakan orang kita memang pantang ada orang lain lebih dari kita. Bagi mereka hanya diri mereka yang terbaik. 

Bila ada orang yang lebih dari mereak, mulalah serangan mereka lancarkan. Bukan serangan nukluer, bukan juga serangan pisau atau parang. Tapi serangan menggunakan lidah, iaitu FITNAH. Walhal, fitnah merupakan sesuatu yang amat ditegah dalam agama Islam sendiri. Dimana dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh.

Hal ini bukan saja berlaku dikampung-kampung. Malah di Bandar juga begitu. Sejak aku dalam dunia kerja yang baru ini, yang mana aku banyak berdepan dengan Usahawan dan juga Peniaga. Aku lihat sifat ini juga ada dikalangan mereka. Sepatutnya persaigan sihat berlaku tapi mereka lebih suka guna pendekatan mudah iaitu FITNAH.

Contoh 1:
Bila ada kedai makan yang lebih maju dari kedai makan mereka. Mulalah mereka mengatakan kedai makan itu menggunakan ‘mandrem’. Ditabur fitnah sana sini mengatakan kedai makan itu pakai ‘mamdrem’.

Ada juga kes yang terjadi dimana mereka mengambil pendekatan mudah dengan bertemu ‘bomoh’ agar kedai pesaing mereka lingkup.

Contoh 2:
Bila kita melawat A. Mereka akan seronok. Dan sambut Baik. Mereka cadangkan pula melawat B,C,D dan E. Memang mereka hebat. Semua telah Berjaya. Semua sudah mantap. 

Dan bila ditanya boleh tidak kita melawat X. Mereka akan melarang dengan berkata “JANGAN. PRODUK X TIDAK BERKUALITI”.

Benarkah tidak berkualiti. Kalau tidak berkualiti kenapa produk mereka keluar majalah dan sebagainya. Atau kerana X tidak kroni dengan ABCDE. Jadi ABCDE menganggap X sebagai seteru mereka.

 

Itulah sikap sesetengah orang kita. Memang mereka tidak membunuh secara zahir tapi membunuh secara moral. Membunuh perusahaan orang lain.

Kenapa orang kita tidak boleh bersatu menjalankan perniagaan. Saling tolong menolong dalam perniagaan. Tidakkah itu lebih baik??

Heykawan: Teringat zaman sekolah dulu, cikgu selalu berkata “Bersatu kita tegu, bercerai kita roboh”. Masih teguh bersatukah kita??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...