Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Al Fatihah

Tiada lagi senyum manis mu
Tiada lagi kata-kata sinis mu
Tiada lagi usik tawa mu

Pemergian mu tiada kami pinta
Tapi kami redha atas segalanya
Kami tau ia sudah ketentuan dari Nya



Al Fatihah...
Buat bapa mertua ku, Allahyarham Ishak Bin Busu yang telah kembali 
ke rahmatullah pada 3.34 pagi pada 29 April 2011.
Semoga arwah ditempatkan di golongan yang beriman.
Amin.

Saturday, August 29, 2009

Merdeka

31 Ogos 2009...Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke 52. Wah...Da 52 kali merdeka.


Aku merdeka???Belum...aku belum merdeka. Aku belum memerdekakan diri aku. Aku masih belum mampu untuk membebaskan diri aku.

Perit memang aku rasa. Aku ingatkan setelah aku menerima segulung ijazah dan melangkah ke alam pekerjaan aku akan merdeka sepenuhnya. Walhal, aku semakin dijajah selepas itu.

Aku masih belum merdeka hingga kini. Walaupun hampir mencecah 25 tahun.

Aku masih belum merdeka kerana aku masih belum mapu membantu keluarga. Kekadang aku menangis sendirian. Mengenangkan apa lah nasib ku. Walaupun aku sudah berjaya mendapat perkerjaan yang bagus aku masih belum mampu tunaikan janjiku pada ma dan abah.

Sedih. Pilu aku terasa. Mungkin masih belum masa nya. Aku pasrah terima semua ini. Aku tau di sebalik dugaan ini pasti ada jaya. Allah memang sentiasa menguji keimanan hamba-Nya.

Impian aku masih belum tertunai. Hutang masih belum ku langsai.

Hutang pada ma abah xkan dapat ku bayar walaupun dengan duit berjuta. Terima kasih ma abah.

Aku akan merdeka pabila aku berjaya melangsaikan hutang ku pada diriku. Bila?? Aku pun xtau.

1) Hutang ku pada diriku adalah untuk menghantar ma dan abah mengerjakan ibadah haji.

2) Hutang ku pada diriku adalah untuk menjaga ma dan abah aku.

3) Hutang ku pada diriku adalah untuk melihat adik-adik ku berjaya dalam hidup.

4) Hutang ku pada diriku adalah membantu seluruh ahli keluarga ku.

5) Hutang ku pada diriku adalah untuk menjadi insan terbaik.

Insyallah, aku akan capai semua ini. Walaupun aku lemah tapi aku kuat. Aku yakin semuanya akan dapat ku langsaikan.

Dan aku akan MERDEKA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...