Tersentuh hati aku bila aku terlihat seorang makcik ketika aku beratur mengeluarkan duit petang tadi. Aku beratur dibelakangnya dibarisan lain. Jadi aku dpt lihat skrin ATM nya.
Bila keluar skrin semakan baki akaun aku ternampak jumlahnya RM14.56.
Makcik tu tekan pula untuk teruskan urusniaga tekan pada menu pengeluaran tunai pula. Aku lihat makcik tu menekan RM10.00.
Keluar not RM10.00 lalu diambilnya dan resit urusniaga diambilnya. Resit itu dibuang ke dalam tong sampah.
Sayu hati aku melihat makcik tu berlalu pergi. Aku agak makcik itu berbangsa India.
Aku berkongsi bukan kerana untuk mengaibkan makcik itu. Atau memburukkan sesiapa. Tapi sekadar berkongsi cerita agar kita lebih bersyukur dengan nikmat yang ada (nasihat untuk diri aku juga).
Ya Allah, aku bersyukur atas segala nikmat Mu pada ku. Ya Allah, janganlah kamu lalaikan aku dari mengingatimu setelah segala nikmat Kamu berikan pada Ku. Ya Allah, hanya pada Mu aku bersujud.
1 Pandangan Kekawan:
betul tu..1 hr nnt mungkin kite mengalami sm mcm makcik tu kn..who knows
Post a Comment