Langit tidak selalunya cerah pasti akan ada mendung, ada ribut. Begitu juga hidup kita, tidak selalu indah pasti akan ada duka dan kelamnya.
Kekadang bila ditimpa ujian dan musibah, kita sering menyalahkan takdir. Menyalahkan nasib. Kita merasakan nasib kita sudah teruk. Walhal masih ada yang lagi teruk.
Sentiasa bersyukur lah. Ingat walaupun kita sudah susah pasti ada yg lagi susah. Kita mungkin masih mampu untuk makan KFC sekali sebulan, tapi masih diluar sana yang nak makan nasik sekali seminggu belum tentu.
Bersyukurlah. Lafazkan alhamdulillah. Jangan sekali di lupa Allah swt walau dalam susah dan senang. Moga hidup kita selepas ini akan lebih tenang.
3 Pandangan Kekawan:
Insyaallah..
alhamdulillah :)
betul, setiap orang ada ujian masing2..
Post a Comment