Thursday, July 14, 2011

Inovasi: Daging Burger Tiruan Daripada Najis Manusia!

Inovasi: Daging Burger Tiruan Daripada Najis Manusia!

Inovasi: Daging Burger Tiruan Daripada Najis              Manusia!
Share   Makanan tiruan kini kerap menjadi isu, khabarnya dunia mengalami krisis makanan global. Dan ada pihak yang bertindak untuk menyelesaikan masalah dengan mencari inisiatif untuk mencipta makanan tiruan seperti telur ayam tiruan, daging lembu tiruan dan yang terbaru Jepun telah muncul dengan inovasi baru iaitu menghasilkan daging burger dari bahan buangan manusia!  
 
Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bakteria yang banyak.  
 
Menurut beliau, setelah membuat kajian didapati bahan buangan manusia mempunyai jumlah protein yang tinggi. Warna merah pada daging burger itu diwarnakan dengan pewarna artifisial untuk membuatkan ia nampak segar, menarik dan kelihatan seperti daging burger yang sebenar dan menggunakan perasa soya sebagai bahan tambahan untuk memberikan rasa sebenar daging kepada najis yang diproses tersebut. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.  
63% protein, 25% karbohidrat, 3% lemak dan 9% mineral merupakan kandungan yang ada dalam daging ini. mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan bahan tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan.  
 
Tambah beliau, masalah utamanya bukan dari segi kesihatan tetapi dari psikologi manusia iaitu daging ini dibuat daripada najis. Ditambah pula dengan kos pembuatannya yang rumit menjadikannya agak mahal membuatkan harganya 10 hingga 20kali ganda lebih mahal daripada daging lembu biasa. Namun, itu hanyalah kos untuk kajian dan mungkin apabila kajian ini selesai harganya akan boleh dikurangkan supaya setanding dengan harga daging burger biasa. Jika tidak, ia tidak akan di pasarkan.  
 
Katanya lagi, daging burger daripada najis manusia ini kurang lemak dan rendah kalori. 




PSP: Berhati-Hati lah 

8 Pandangan Kekawan:

Eye_nee said...

bluekkkkk....terover pandai mencipta...

sue-ab said...

kreatif la sgt..kat spore org minum air recycle air kumbahan..NEW WATER tajuknya..

baincardin said...

errrkkkk!!!!!~

baincardin said...

errrkkkk!!!!!~

.:fifi:. said...

muntah!

Solehah said...

yuck..nak muntah..

vidadarisakura said...

eyuwww. aku tengok gambar beger tu pun geli. huhu

Masy said...

jahanam!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...