Tadi aku ditugaskan la suh mengangkut beberapa barang untuk majlis perasmian pada Isnin nie. Jadi terpaksalah aku jadi pekerja am kejap.Seronok jugak bila bergotong royong menguruskan semua nie. Angkut turun, angkut naik.
Salah satu menda yang aku angkut ialah pentaas. Aku angkut berdua. Kami menggunakan lif nak naik ke tingkat 2. Jadi masa di level bawah aku masuk. Kedian ada la Mamat India ni nak join skali dia nak hantar barang niaga ke tingkat 1.
Sampai tingkat 1, pintu lif terbukak dan sorang makcik terus masuk ke dalam lif. Dan dok dpean pintu. Halang mamat india tu dari kuar.
"Makcik, ketepi jap. Ada orang nak keluar." cakap aku pada Makcik tue.
"Nape x tutup pintu nie?" tanya makcik tue pulak.
"Makcik ada orang nak keluar" aku ulang skali lagi.
"Ye ke.. Keluar la dik" cakap makcik tue. Tapi dia masih dok kat pintu lif tue. Mamat tue still xleh kuar.
"Makcik ada orang nak keluar. Tepi kejap" member aku plak sound. Tapi dia wat dek je jugak.
"Makcik nie orang belakang makcik nak kuar" aku ulang plak ngan nada kuat skit.
"La....Yeke? Nape x cakap dik??" cakap makcik tue dan terus beralih ke tepi.
"Da cakap makcik. Tadi lagi"
"Maaf la ye dik. Cakap kuat skit. Makcik pekak la dik" cakap makcik tue.
"Ye ke?? Maaf la makcik. Saya xtau."
Aku terus diam dan kuar dari lif bila sampai tingkat 2. Ni la pengalaman pertama aku ngan orang yang ada masalah sound trouble. Selami nie orang je cakap aku yg sound trouble.
10 Pandangan Kekawan:
hehehe :D lawak gak tp makcik tu pun fhm
sound trouble tak apa jgn trouble maker
Ya ke makcik tu ada sound trouble atau nak cover line sebab dah malu? hehehe
keh keh keh
bagus macik tu jujur..
hahaha...mujur pekak..ingat ko kopey..haha...
Its nice post..... ^_^
visit me back, many information on my site ^_^
Hellow there nice post :)
hehehe...sekaliiii makchik geng pak mat tempe daaaa....tp tak per la ko bukan saja nak tinggi suara kat dia kan...
sian makcik tue..nnti dah tua kite pn jadi camtuee gak agaknyee..haihh..
Post a Comment