Monday, October 19, 2009

Kejam...

Nota iringi mayat bayi

PONTIAN: “Maafkan saya, saya terpaksa tinggalkan arwah anak saya dan tolong kebumikannya. Saya mangsa penganiayaan selamat bersalin Ahad jam 6.10 petang,” demikian isi kandungan sekeping nota ditemui bersama mayat seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di depan Klinik Kesihatan Parit Haji Arif, Benut di sini, Isnin lalu.

Petikan dari Harian Metro, 19 Oct 2009

Pilu aku membaca artikel di atas. Patutkah tindakan perempuan di atas??

Siapa aniaya siapa?? Kenapa perlu hukum bayi yang tidak berdosa itu??

Kenapa pula kamu perlu menghukum??

Kenapa perlu sekejam itu, membunuh tanpa erti sesal??

Akan selesaikah segalanya hanya dengan sekeping nota 'Maaf'??

Bagaimana kamu akan memohon pada bayi yang tidak berdosa itu??

Oh, Dunia...Kejam nya manusia, lebih kejam dari zaman jahiliah...

PSP: Aku mahu anak yang comel....Comel cam aku...hehehehe

12 Pandangan Kekawan:

Anonymous said...

kejam & keji sungguh...otak letak kat bontot agaknyer pompuan tuh!!

Hanisham Ab Halim said...

Nilah akibatnyer kalau ajaran jahiliyah tu tebal sangat kat dalam diri. BONGOK betullll!!!!!

Yuki Yusuf said...

kesiannya..

mungkin die tersepit..n tak boleh nk berfikir secara waras..

sedih~

T___T

Firol said...

semudah macam tu je...

.... tapi kena fikir banyak cabang lain..nak kata dia kejam ke atau sebalik...

Solehah said...

aku rasa lelaki yg buat jahat tu pun kejam//lg zalim n kejam..

Melatidaisy said...

astaghfirullah 'azim ..
hurmm.. pade sape patot dipersalahakan..
perempuan itu sendiri?
lelaki itu?
atau keluarga?
semoga keturunan kita terpelihara dari segala kemungkaran..didikan awal dr rumah itu pnting..
sukarang-kurangnya itu usaha terbaik utk mmbentuk anak2 agar mmbesar di landasan yg betul..agar takutkan dosa dan dahagakn pahala..
~ sekadar perkongsian rasa ~

Ibu Ammar said...

kejam...



err..aku pun nak anak comel gak..hehe

musang said...

apabila manusia tdk takutkn dosa..inilah jadinye...

tdk bleh salahkn pompuan semata2 llaki pon sama.

CAHAYA said...

kesian. dia tak boleh fikir betul. mungkin tersepit. nasib dia tinggalkan nota dan tinggalkan di tempat yg senang ditemui. dr dia main campak mayat tu merata, dan jumpa selepas seminggu atau sebulan, lagi kesian kot.

p/s: melalui nota ini ternyata bayi itu dah meninggal sblm dia tinggalkan bayi tu.

ckLah @xiiinam said...

Semoga zuriat kita dijauhkan dari maksiat itu...Nauzubillah..

ckLah @xiiinam said...

Terima kasih atas kunjungan ke xiiinam...

Yunus Badawi said...

Sekurang2nya tidak dibuang mayat bayi tu ke dalam tong sampah. Semoga dia diberi petunjuk dan kembali ke jalan yg benar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...