Cerita 1
Pada masa cuti hari pada 4 Mei, Aunt aku telah di masukkan ke Gleneagle Medical Centre kerana menghidap Barah Ovari. Dan mengikut kenyataan Aunt aku, dia kata kedua-dua ovari dia telah di buang sebanyak 60% dan 50%. Dua-dua belah kena operate. Aku doakan Aunt aku cepat sembuh.
Cerita 2
Pada masa yang sama, sebelah dengan aunty aku (sebilik ngan aunt aku) terdapat seorang Aunty yang menjadi mangsa ragut. Aunty ni berbangsa Cina.
Mengikut cerita Aunty tersebut, dia baru sahaja tiba di rumahnya. Ketika keluar dari kereta dia perasan ada seorang pemuda bermotosikal dan seorang lagi berjalan kaki ke arahnya. Tapi dia tidak menyangka sebarang malapetaka akan menimpa.
Aunty tue ada jugak cakap kalau dia tau orang tue nak handbag dia akan kasi. Tapi kenapa perlu serang dia. Akibat dari serangan tersebut aunty itu mungkin terpaksa di bedah kerana terdapat darah beku di bahagian kepala dia.
Mengikut Aunty lagi, penyerang tersebut dipercayai bebangsa Melayu. Dia telah membuat laporan polis. Dan polis ada menyatakan bahawa penyerang tersebut mempunyai beberapa ahli yang lain yang bergerak aktif sekitar
Tapi apa yang menyedihkan adalah kerana penyerang tersebut adalah bangsa aku. Dan mengikut apa yang aku baca di akhbar penjenayah ragut di Kelantan yang menyebabkan kematian ibu mengandung juga berbangsa Melayu. Sebangsa dengan aku. Apa sudah jadi? Apakah mereka tidak terfikir andai kata keluarga mereka menimpa musibah sedemikian? Apa perasaan mereka?
Ya Allah berikanlah petunjuk dan kekuatan pada diri ku ini dan kaum muslimin dan muslimat di dunia ini agar kekal di jalan lurus dan benar.
3 Pandangan Kekawan:
amin!
amin!
dan semoga semua orang lebih berhati-hati.
Budak Hijau
Thanks
square
semoga tiada lagi mangsa
Post a Comment