Saturday, March 5, 2011

sabtu

xbanyak yang dapat aku buaat hari nie. Hujan turun mencurah dari tengahari.

Rancang nya nak gi umah abang aku. Nak jumpe anak buah aku. Da 3 minggu kot xjumpe diorang rinu plak.

Rancang jugak nak g ke syeksen 14 PJ. Nak gi bank dan nak gi dgtal mall. Nak cari DVD software lanun.

Tapi hujan  punya pasal. Suma xjadi. Tido je la kat umah...

Friday, March 4, 2011

Kitar Hidup

Cubaan dan Dugaan, Kesedihan dan Kegembiraan, Pahit dan Manis. Itulah mainan dalam kehidupan ini.

Hidup ini ada kitarannya. Lahirnya kedunia sebagai bayi. Dari hanya tangisan hingga kepada pandai bertutur dan menyanyi. Dari bujang hingga berkahwin. Dari jadi anak hingga mempunyai anak. Semua itu kembara hidup. Insyallah semua akan kita lalui. Kalau diberi peluang dan panjang umur. Semua telah tertulis.

Ramai juga kekawan aku. Menyalahkan bapa atau ibu mereka. Kononnya tidak memberikan kasih sayang. Dan mula nyimpan dendam. Berbaloi kah??? Kerna suatu masa kita akan jadi juga seorang ibu @ bapa. Setiap sesuatu yang terjadi pasti ada alasannya ada sebabnya. Cuma kita saja sedari atau tidak.

Tidak guna berdendam ngan ibu bapa. Kerna tanpa ibu dan bapa. Tiada kita. Mahu kah kita, melihat anak kita pula nanti berdendam ngan kita?? Hapuskanlah dendam itu. Tiada gunanya. Kan baik kalau dendam itu ditukarkan kepada kasih sayang.

Bagi aku, ibu bapa aku adalah kawan aku di hireaki tertinggi. Kawan yang aku sanjung, segan dan hormati. Dan dalam masa yang sama aku boleh bergurau senda dengan mereka. Dan Alhamdullillah aku dapat apa yang aku mahu. Ini pendekatan aku. Mungkin setiap insan ada beza cara nya.

Ibu bapa tiada gantinya. Hanya 1. Kekasihku yang utama. Moga kita semua akan dapat keluarga yang bahgia.

Ma Abah....Terima Kasih...Ku sayang kalian.


P/s: Kekasih pun boleh bertukar ganti bah....

Tuesday, March 1, 2011

Kegersangan

Sekarang nie aku terlalu kegersangan. Bukan kegersangan nafsu. Aku cuma kegersangan untuk berblog. Aku juga da xleh nak catch up isu-isu semasa dalam dunia blog nie. Mungkin kesibukan bekerja membuatkan aku begini.

Dulu aku keje penat badan je. Tapi skang otak aku lagi penat. Huhhhh......


Ok la...Aku chow dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...