Friday, January 2, 2009

Tahun baru...Undang2 pun baru gak....

Bekuat kuasa 1 Jan 09, JPJ da mula menyaman penumpang belakang yang tidak memakai tali pinggang belakang. Setakat semalam da 242 saman dikeluarkan. Perghhhh.....Kaya siot. Katakan satu saman paling kurang RM300 la. Da brape tue dapat beb??? RM72600 kan.WOW!!!! Baru sehari da dapat RM72600. Kayo kayo pakcik kayo. Kalo hari kedua pulak brape la saman?? Kalo sebulan?? x ke kaya. Yang sengkek nye rakyat la pasal kena bayar saman.

Kekadang aku terfikir jugak, perlu ke undang2 ini dilaksanakan? Aku xsetuju dengan pakai tali pinggang keledar di belakang boleh kurangkan kadar kemalangan jalan raya. Sedangkan kita tau banyak lagi faktor lain yang boleh dipertimbangkan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Bukan ke faktor sikap pemandu paling banyak menyumbang kepada kemalangan. Salain tu faktor jalan raya juga harus diertimbangkan. Kalo da jalan dok berlubang sana sini, xke tu pun bleh jadi kemalangan.

Apakah orang yang mencadangkan dan meluluskan tidak memikirkan keadaan penduduk yang berpendapatan rendah?? Orang kampung xmampu nak beli MPV. Kalo ada pun van buruk Nissan C20 pun kira ok da. Tapi xde tali pinggang belakang jugak.

Kalo da anak empat la kata kan. Si ayah driver, si mak duduk kat sebelah dan 3 anak duduk di belakang. Tapi sorang lagi mana mau letak?? xkan nak letak dalam bonet kot??

Mmmm...Pikir la dulu sebelum buang. Ops......Pikir dulu sebelum buat. Pikir la dulu kadar pendapatan per kapita penduduk Malaysia berapa. Setiap famili ade brape anak. Kalo yang xde anak ok la bai. Kalo yang anak ramai??? beli bas mini la ek jawapannye.

Thursday, January 1, 2009

Sakit Gigi boleh menyebabkan Kes Bunuh

Awal tahun baru aku memang tak ceria langsung, bangun pagi kena pergi keje. Dengan malas aku melangkah ke dalam bilik air (walau pun aku tau da lambat, aku tetap 'slow'). Memang malas sangat rasanya nak pegi ke opis ari nie. Sayu rasa hati untuk berpisah dengan tilam dan bantal ku. Da la bangun pepagi gigi aku berdenyut sesangat (sakit gigi). Rasa nak je amik hammer hentam kasi tercabut.

Petangnye pulak, ARE Consultant panggil aku. Aku pegi je la ngan muka selamba walaupun penuh dengan rasa menyampah. Masuk-masuk bilik konsultant tue, aku tanya "Nape?Ada ape??". Dia jawab "Ni pasal nak lay batu armor. Camne nak proceed keje kalo xwat joint survey lagi?". Pastu ade la cite yang dia bebelkan. Aku pun da xpaham campur meluat. Ape la. Xleh short form kan ke? kata ku dalam hati.
Aku tanya la "bahagian mana?Ye ke xbuat lagi". Dengan konfident si ARE dan Surveyor tue jawab "Da dua tiga kali aku check. Da abes bersepah tempat aku". (Memang xpenah kemas pun tempat orang tua tue.Ntah-ntah anak tikus pun da membiak kat situ.)

"Aku cakap xpe la nanti aku check". Aku pun balik kat tempat aku dan check dalam record aku. Dan ternyata memang da buat. Aku pegi balik bilik konsultant tue dan cakap "Da buat. Cube tengok balik RFI 39 dan 41". Orang tua tue jawab ngan nada tinggi nye kata "Aku da check 2-3 kali da. Memang xde". Aku cakap "Check bebetol. Aku check ada".

"Kalo ade, bak sini. Tunjuk kan kat aku" kata orang tua tue cam xpuas hati je. Aku pun balik opis ke opis ngan panas hati untuk fotostat data tue kasi kat orang tua tue. Da siap potostat aku kasi kat orang tua tue. Aku cakap kat dia " Kita buat 27 dan 29 oct ari tue". Pastu dia pun check diari dia dan berkata "Oooo....Ada. Btol la memang ada kita buat". (memang hangin aku).

Dan dengan muka tersengih-sengih dia cakap "Tolong fotostat RFI 39 skali. Aku punye da hilang". (Sial btol. Memang saje nak memang saje nak menyusahkan aku kata ku dalam hati).

Mau je aku telan orang tua tue. Da la aku sakit gigi. Cakap plak stail xpuas hati je. Padahal tempat dia bersepah dan xwat rekod. Pastu nak tuduh orang lain yang salah. siol.

Datang dan Pergi......Selamat Tahun Baru 2009

Pejam celik da 2009 da datang....2008 da pergi....2008 penuh dengan nostalgia penuh kenangan.
Pahit dan manis dan yang xleh tahan masam pun ade gak (ketiak acem)......

Dalam masa sama gak tahun baru Islam, Awal Muharram 1430 Hijrah juga menjelma...

Sedar atau tidak usia kita semakin meningkat. Adakah lagi kesempatan untuk kita berjumpe lagi dengan Awal Muharram 1431 atau 2010???Atau ini adalah tahun baru terakhir kita???

Selamat Tahun Baru 2009 Masihi dan Awal Muharram 1430 Hijrah.....
Semoga kita sentiasa ceria dan gembira selalu di bawah limpah rahmat-Nya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...