Showing posts with label diam. Show all posts
Showing posts with label diam. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Tip Dalam Perhubungan 1.........Diam

Diam
Diam....Nampak mudah bukan untuk di buat. Tapi bukan semua orang dapat buat. 

Selalunya kalaulah isteri dah mula membebel biasanya kita akan menyirap darah. Akan naik angin. Jadi kita akan lawan balik. Bila lawan dan memasing xnak mengalah jawab nya perang lah jadinya. Tegang.Kalau xkena lagu perkataan 'CERAI' akan terkeluar. Itu paling kita takutkan. Biarlah masjid yang dibina utuh sampai ke akhir nyawa bukan dimusnahkan diseparuh jalan.


(Biasanya jadi pada pasangan dah kawen. Kalau time couple, awek membebel pun bunyi cam lagu Ct Nurhaliza. Sedap je dengar. Pasal time bercinta semuanya Indah.)

Jangan di tambah api pada bara yang menyala, sekiranya ditambah makin besarlah ia menyala. Api lawannya air. Untuk padamkan api adalah air. Kalau api bertemu api maka makin besarlah api itu, silap haribulan rentung. 

Isteri membebel untuk tarik perhatian kita. Dia mahu kita menjadi pendengar. Xperlu nak menjadi nasi tambah atau batu api. Dengar saja sudah cukup. Dan diam.

Diam bukan bermakna mengalah tapi menghormati. Dan menghormati adalah kerna kita sayang.




PSP: Hanya berkongsi semoga ada manafaatnya...

Sunday, November 1, 2009

Sabar

Aku tutup mata bukan aku tidur
Aku tutup mulut bukan aku bisu
Aku tutup telinga bukan aku pekak
Aku kaku tangan bukan aku lemah
Aku tunduk bukan aku kalah

Sabar aku sabar
Semoga aku terus bersabar
Semoga aku terus tenang
Semoga aku kawal aku
Bukan oleh nafsu amarah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...